Monday 9 June 2014

Tips Meningkatkan Kesuburan

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Anda cuba untuk hamil? Di sini saya ingin berkongsi tips asas meningkatkan kesuburan.

1. Berhati-hati dengan berat badan anda.
Kegemukan bukan sahaja meningkatkan risiko penyakit lain malah boleh mempengaruhi kesuburan. Lemak badan yang berlebihan boleh menghasilkan hormon yang boleh menganggu proses ovulasi. Kitaran haid mungkin akan kurang teratur menyebabkan anda kurang berovulasi. Kekurangan lemak juga boleh menyebabkan anda tidak cukup hormon untuk berovulasi. Oleh itu anda perlu mengekalkan berat badan yang ideal.

2. Pemakanan yang seimbang.
Anda harus memastikan anda makan dengan seimbang. Protein, zat besi (zink) & vitamin C mestilah diambil dengan mencukupi kerana kekurangan nutrien ini mengganggu kitaran haid. Anda boleh meningkatkan secara pemakanan atau mengambil supplemen.

3. Berhenti merokok.
Bahan kimia di dalam rokok boleh menggangu kesuburan dan merosakkan telur. Fungsi ovari anda juga akan terganggu dan menyebabkan susah untuk hamil. Anda juga perlu menggalakkan pasangan anda untuk berhenti merokok kerana asap rokok yang dihidu juga tidak baik untuk kesuburan anda.

4. Hindari tekanan & perlu cari ketenangan.
Tekanan & kemurungan boleh menjejaskan kesuburan anda. Anda perlukan cara untuk mengawal tekanan. Sokongan daripada suami, keluarga & rakan anda boleh membantu.

5. Perlu mengambil berat kitaran haid anda. Catatlah di kalendar. Kitaran normal haid antara 25 hingga 35 hari bergantung kepada individu. Tidak semestinya anda berovulasi di hari ke 14 kitaran haid anda. Ada kajian mendapati proses ovulasi berbeza pada setiap wanita. Anda boleh menggunakan kit ujian ovulasi yang boleh memeriksa beberapa hormon dalam air kencing & buatlah nota perubahan suhu badan & mukus serviks.l anda.

Berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut sekiranya anda mengalami masalah kesuburan.

Selamat mencuba & senyumlah selalu.


No comments: