Teks : Nur Farha Muhamad Khalit
Assalamualaikum
Alhamdulillah hujan pagi ini. Baru menghantar Afeeq & Marsya ke taska. Hari itu ada seorang bertanya mengenai kelas mula bisnes. Dia melihat saya aktif mempromosi jadi dia sangka saya sudah surirumah sepenuh masa. Saya mengatakan setakat ini saya hanya buat secara sambilan. Niat untuk sepenuh masa memang ada kerana matlamat untuk menjadi WAHM itu memang sudah tersemat. Dia mengatakan susah jika hendak buat sambilan & bekerja. Saya mengatakan jika kita mahu InsyaAllah ada caranya. Oleh itu saya berkongsi sedikit apa yang saya buat.
Saya bekerja shif oleh itu seminggu pagi & seminggu petang. Kadang kala shif pun bertukar kerana menampung kekurangan kakitangan. Jadi rutin saya akan berubah mengikut shif saya. Jika saya shif pagi, sambil saya menyiapkan bekalan anak saya mula mempromosikan kelas & produk. Saya akan tiba awal di tempat kerja sementara menunggu waktu hendak masuk itu saya peruntukan 15 minit untuk kemaskini blog atau FB. Selepas itu saya akan masuk kerja. Kalau ada yang memberikan maklumbalas atas promosi saya atau bertanya biasanya saya akan minta mereka melihat dulu blog saya & memberikan link untuk mereka. Nanti pada waktu rehat saya akan cuba balas sebaik mungkin. Jika tidak sempat biasanya sewaktu balik kerja saya akan hubungi mereka semula. Pada waktu malam sambil melayan anak-anak saya mengemaskini FB & promosikan lagi.
Jika shif petang itu kelebihan kerana masa saya panjang & saya gunakan sebaik mungkin 3 jam untuk mempromosi & mengemaskini serta dokumentasi. Ini kerana bila pulang ke rumah biasanya sudah lewat malam. Jadi waktu malam saya agak terhad.
Memang masa itu agak terhad kerana saya mempunyai pekerjaan tetap namun saya gagahkan juga untuk merancang & mencuri masa. Di sinilah saya belajar untuk menguruskan masa saya & paling penting semasa anak-anak masih tidur saya akan selesaikan kerja rumah. Jika hendak dibandingkan dulu saya kurang menjaga masa. Masa saya terbuang dengan terlalu banyak rehat. Namun sekarang ada sahaja yang saya perlu lakukan.
Saya bukanlah yang terbaik tetapi mahu jadi yang terbaik. Setelah yakin dengan matlamat saya, saya bergaul dengan mereka yang telah berjaya dalam dunia perniagaan & sebagai WAHM. Mereka adalah sumber inspirasi. Ini kerana sebelum mereka mencapai kejayaan pelbagi cabaran yang mereka hadapi untuk sampai ke tahap mereka sekarang. Saya belajar secara tidak langsung daripada mereka.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kita tidak boleh keseorangan dalam mencapai matlamat kita. Kita perlu bekerja berjemaah & dalam pasukan supaya semangat kita tidak luntur. Marilah bersama kami di Akademi Bekerja Di Rumah untuk menimba ilmu & belajar. Kami tidak menjanjikan pulangan permulaan yang lumayan tetapi ilmu & semangat yang lebih berharga. Belajar untuk mendapatkan apa yang boleh & tingkatkan dari hari ke hari.
Berfikir positif & senyumlah selalu.
No comments:
Post a Comment