Tuesday, 3 June 2014

Tips Mengawal Tekanan

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Bagaimana hari anda? Semoga ceria & bersemangat untuk memulakan tugasan sepanjang hari. Hari ini saya ingin berkongsi masalah menangani tekanan atau stress. Kenapa kita perlu mengawal tekanan? Tekanan ini boleh membawa kesan negatif kepada diri kita dari segi emosi & fizikal. Tekanan akan membawa seseorang itu menjadi marah, depressi, hilang kawalan perasaan & boleh melakukan perkara  mengakibatkan kecederaan atau merosakkan hubungan antara keluarga atau rakan. Tekanan juga boleh membawa kepada kecelaruan pemakanan. Seseorang boleh menjadi terlalu banyak makan atau kurang selera makan disebabkan tekanan. Selain itu boleh meningkatkan risiko seperti penyakit darah tinggi & sakit jantung.
Berikut antara cara untuk mengawal tekanan.
1. Tenangkan perasaan anda jika berlaku sesuatu yang menyebabkan anda marah & tertekan. Tarik nafas dalam-dalam & hembuskan perlahan-lahan.
2. Rehat yang cukup pun boleh membantu kerana kadangkala tekanan disebabkan emosi & fizikal kita terlalu penat. Tidur sebentar boleh mengembalikan tenaga badan kita.
3. Memberikan keutamaan kepada perkara yang penting  dahulu. Tekanan boleh disebabkan kerja yang terlalu banyak. Oleh itu kita perlu menilai & mendahulukan perkara yang penting dahulu.
4. Pergi bercuti atau melancong. Habiskan masa dengan keluarga juga boleh membantu.
5. Minta pertolongan atau mengadu pada orang yang boleh dipercayai.  Luahkan masalah & menangislah. Kadangkala bila kita meluahkan perasaan, tekanan akan berkurangan. Mintalah nasihat dari yang lebih berpengalaman.
6. Pengambilan makanan tambahan seperti antioksida & vitamin B juga boleh membantu.

Kehidupan harian kita tidak akan lari dari masalah. Kita akan menghadapi tekanan cuma yang penting cara untuk mengendalikan tekanan itu. Bagi yang beragama Islam, kebergantungan kita kepada Allah itu penting. Luahkan & mengadu padaNya. Mintalah petunjuk & pertolongan daripadaNya.
Selamat mencuba & senyumlah selalu.

No comments: