Friday, 20 June 2014

Pentingnya Aura Positif

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Tidak lama lagi saya akan menutup tempahan kuih raya. Pengeluar hanya akan membuka tempahan sehingga minggu pertama puasa. Maklum sahajalah takut tidak sempat untuk disiapkan & sampai kepada pelanggan.
Alhamdulililah banyak juga tempahan walaupun ini pertama kali saya buat jualan. InsyaAllah tahun hadapan saya akan cari pengeluar lain untuk mempelbagaikan lagi jenis kuih raya. Perancangan untuk memperkenalkan kuih sendiri pun ada juga.
Sekarang terfikir apa yang hendak buat tambahan untuk berniaga selain produk akademi. Terbaru ada satu quotation untuk power bank. Ada yang ingin membekalkan setelah melihat kesungguhan saya mempromosikan barang di Facebook. InsyaAllah saya ingi mencuba.
Saya pun bertanya pada seorang sahabat yang sama-sama berjualan apa yang hendak kami usahakan selepas raya nanti. Dia menjawab nanti kami kena cuba tengok apa peluang yang terbuka.
Saya rasa bersyukur di kelilingi sahabat-sahabat yang positif.  Tenaga positif mereka secara tidak langsung meresap ke dalam diri ini.
Di akademi juga sahabat yang ada bersemangat setiap hari dengan bantuan pengasas & guru-guru online. Banyak nasihat & kata-kata semangat bukan sahaja untuk kehidupan duniawi tetapi di akhirat nanti.
Kenapa pentingnya sahabat-sahabat positif di keliling kita? Sebab aura mereka akan memberikan kuasa & semangat untuk membuat tugasan. Saling ingat mengingati antara satu sama lain. Paling penting tiada rasa dengki atau rasa ingin mengkhianati walaupun menjual produk yang sama. Semangat ingin berjaya bersama-sama itu pentinh malah perlu bersangka baik atas kelebihan orang lain. Jika diri saya seperti kurang jualan saya akan melihat kembali apa kesalahan saya. Mungkin saya lalai mempromosi atau niat saya salah atau hubungan denganNya saya todak jaga. Kegagalan itu adalah penting sebab kita belajar kenapa begitu & lebih berhati-hati tidak mengulangi kesalahan yang sama. Dari kegagalan kita bangun dan membina semula. Sikap putus asa sepatutnya dihapuskan dalam kamus hidup kita untuk terus maju ke hadapan.
Semoga Allah merahmati mereka di sekeliling saya. Limpahkan rezeki kepada mereka.
Berfikir positif & senyumlah selalu.

No comments: