Monday, 23 June 2014

Berhenti & Berfikir Sejenak

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Sekarang sedang rancak diperkatakan mengenai seorang anak OKU yang dikurung oleh ibunya & kondisi menyayat hati. Pelbagai spekulasi & berita yang tidak diketahui sah atau tidak. Malah ramai yang melabel ibunya.
Pada saya jika kita tidak tahu hal sebenar sebaiknya kita diam & perhatikan sahaja.  Sebaliknya periksa diri kita.  Jika kita seorang majikan atau pekerja adakah ada kalangan pekerja kita di kategori OKU atau anak-anak mereka OKU. Adakah kita adil kepada mereka? Adakah kemudahan untuk mereka?
Kes sebegini sebenarnya wake up call untuk menyedarkan semua orang bagaimana situasi atau kemudahan yang ada untuk golongan ini. Pihak berkuasa perlu melihat & memperbaiki kemudahan untuk golongan  istimewa ini.
Kita juga sebagai orang awam perlulah sama-sama membantu dan menyalurkan idea yang membina untuk kemudahan mereka. Kadangkala kesal melihat orang sempurna menggunakan kemudahan golongan OKU ini sebagai contoh tempat letak kereta khas untuk OKU.
Sekarang masanya bukan untuk menunding jari tetapi mencari jalan untuk sama-sama membantu membangunkan kemudahan untuk golongan ini.
Berfikir positif & senyumlah selalu.

No comments: