Thursday, 5 June 2014

Blog Saya

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Alhamdulillah ada kalangan sahabat mula bertanya mengenai blog saya. Mereka sedar kewujudan blog kerana saya war-warkan dalam FB. Disamping itu jua cikgu ABDR Puan Anys Idayu Zakaria & sahabat juga berkongsi entri saya di akaun FB mereka.
Dulu saya tidak hairan langsung hendak buat blog. Cuma dengar blog ini boleh menjana pendapatan melalui 1 rancangan TV3 yang memaparkan surirumah malah ada juga kaum suami yang menggunakan blog sebagai sumber pendapatan mereka.
Selepas saya menyertai akademi ini, barulah saya diajar oleh guru untuk membuat blog sendiri untuk penjenamaan diri saya. Pada mulanya agak terkial-kial juga sebab saya kurang mahir bab IT ni. Saya mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan blog. Akhirnya tidaklah siap sepenuhnya kerana masih ada tugasan blog yang belum lengkap lagi tetapi saya mula menggunakannya sebagai salah satu medium berkongsi pengalaman & pengetahuan dengan orang lain.
Setiap hari saya mengemaskini blog saya dengan apa yang terlintas di minda saya. Ada juga hari yang memang saya buntu tetapi saya cuba juga mengeluarkan entri walaupun yang ringkas supaya setiap hari ada hidangan baru untuk pengunjungnya.
Ada juga yang agak terkejut kerana di blog saya terdapat banyak pautan blog. Ini adalah salah satu kelebihan menyertai akademi di mana sudah ada jaringan yang banyak & saling mempromosi antara satu sama lain.
Jika anda ingin menjadi salah satu jaringan kami. Marilah sertai kami. Pada pengalaman saya yang hampir sebulan menyertai akademi anda tidak akan rugi kerana disamping ilmu yang diberikan oleh gurunya anda juga anda akan mendapat sahabat-sahabat baru yang saling sokong menyoking antara satu sama lain. Saya juga tidak merasakan keseorangan untuk bergerak walaupun semua di atas talian sahaja.
Berfikirlah positif & senyumlah selalu.

No comments: