Teks : Nur Farha Muhamad Khalit
Assalamualaikum
Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas & menikmati hidup di dunia ini. Agak kepenatan minggu ini. Ada hal penting diuruskan di Kuala Lumpur. Sambil menyelam minum air bawa sekali kuih raya buat sampel. Paling baru batang buruk. Seorang kawan inginkan bantuan untuk menjual produknya kerana dia kesuntukan masa. Jadi saya pun menolongnya.
Minggu depan sudah bermulanya Ramadhan. Seronok rasanya. Kali ini hendak manfaatkan sebaiknya. Insya Allah jika diberikan keizinanNya.
Berpuasa adalah salah satu proses detoksifikasi juga. Malah puasa dapat merehatkan sistem pencernaan kita. Namun tidaklah dianggap proses detoks & merehatkan pencernaan sekiranya kita tidak mengawal pemakanan kita dengab baik terutama sewaktu berbuka puasa. Oleh kerana tidak mengawal makan bulan puasa ada yang berat badannya meningkat.
Paling penting sebenarnya adalah masa sahur. Ini kerana sahur membekalkan tenaga sepanjang hari kita berpuasa. Seolah-olah seperti kita bersarapan.
Semasa berbuka pula perlulah berhati-hati dengan pengambilan makanan anda. Pilihlah makanan yang seimbang. Elakkan terlalu berminyak. Paling penting kebersihan makanan. Maklum sahajalah, di bulan puasa ini banyak bazaar Ramadhan. Lihat dahulu gerai jualan itu sebelum membeli. Kebersihan makanan penting bagi mengelakkan keracunan makanan. Bila di bazaar nafsu membeli itu perlulah dikawal. Elakkan berlaku pembaziran. Peringatan untuk diri sendiri juga.
Berfikir positif & senyumlah selalu.
No comments:
Post a Comment