Monday 16 June 2014

Tanyalah Yang Pakar

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum,
Sepanjang saya bekerja dalam bidang jualan berkaitan farmasi & kesihatan, ada suatu perkara yang membimbangkan iaitu pelanggan mengambil ubatan disebabkan saranan rakan atau keluarga yang tidak mempunyai atau mendalami ilmu ubatan. Ada yang mengikut sahaja apa yang dibeli orang lain kerana ubat itu berkesan kepada orang itu.
Setiap manusia mempunyai penerimaan ubatan yang berlainan malah perlu diambilkira jika ada mengamalkan makanan tambahan atau ubatan lain. Ini ditakuti interaksi antara bahan yang ada boleh menyebabkan alahan atau masalah lain dan lebih teruk boleh menyebabkan komplikasi yang membahayakan nyawa anda. Tidak semestinya ubat orang lain sesuai dengan anda.
Jika anda ingin mengambil ubatan silalah bertanya kepada ahli farmasi atau doktor anda. Ini kerana mereka boleh menyarankan kepada anda apa yang sesuai dengan anda.
Berfikir positif & senyumlah selalu

No comments: