Sunday, 22 June 2014

Mana Barang Saya?

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Dua hari lepas saya menelefon salah seorang pelanggan yang telah membeli baju. Malangnya dia belum lagi mendapat bajunya. Lalu saya hairan kerana di hari yang sama saya ada seorang pelanggan sudah pun mendapat baju. Lalu saya pun menghubungi pihak pengeluar.  Pihak pengeluar memeriksa nombor untuk bungkusan itu da bungkusan itu telah pun dihantar tetapi pelanggan tiada.
Kemudiam saya mendapatkan pelanggan saya untuk memberi maklumbalas. Lalu pelanggan pun mengatakan bahawa alamat yang diberikan itu adalah alamat kedai mana mugkin tiada orang malah tiada pun ditinggalkan nota untuk mengambil bungkusan. Ini kes pertama saya & saya kurang pasti bagaimana untuk menyelesaikannya. Saya bertanya kepada pihak pengeluar tentang cara bagaimana mengatasinya. Mungkin dia pernah mengalami pengalaman begini. Menurutnya memang pernah pelanggannya tidak dapat baju kerana masalah di pihak yang penghantaran. Malah tidak dipulangkan kembali kepada pihaknya. Maklum sahajalah kadang kala ada yang tidak amanah menjalankan tugas.
Lalu dia pun cuba mendapatkan pihak syarikat penghantaran. Maklumbalas yang didapati dibahagian penerimaan tiada nama penerima. Lalu akan dikembalikan kepada pemberi. Agak hairan kerana bila diperiksa pada slip yang disimpan pihak pengeluar sudah jelas & nyata nama penerimanya. Lalu pihak pengeluar membuat aduan kepada syarikat penghantaran mengenai masalah ini.
Inilah pengalaman yang paling berharga buat saya. Barulah saya tahu sebenarnya ada juga kes-kes sebegini berlaku. Apa yang penting kita mesti menyimpan dokumen yang berkaitan & jika ada masalah ke mana perlu dirujuk & diadukan.
Paling utama kita mestilah menghubungi pelanggan kita untuk memastikan mereka dapat yang yang mereka beli. Apa jadi dengan kes di atas? Pihak pengeluar akan membuat penghantaran kali kedua. InsyaAllah pelanggan akan dapat minggu ini.
Berfikir positif & senyumlah selalu.

No comments: