Teks: Nur Farha Muhamad Khalit
Assalamualaikum
Minggu lepas ada seorang ibu berjumpa dengan saya meminta nasihat kepala anaknya berkeruping kulit bertompok di atas kulit kepalanya. Lalu saya bertanya usia anaknya. Dia menjawab 2 bulan. Lalu saya pun melihat & menjawab ini cradle crap.
Cradle crap atau istilah sains adalah seborrheic dermatitis. Ia adalah ruam kuning terjadi pada kulit bayi yang biada yang baru lahir kelihatan seperti keruping atau tompokan atau kelemumur.
Saya menyarankan untuk menggunakan minyak untuk diletakkan di atas kepala untuk melembutkan & kemudiaan menyapu dengan kain atau berus sikat bayi dengan lembut untuk menghilangkannya. Perlahan-lahan digosok sekiranya kemerahan berhenti sekejap. Selepas itu perlulah dibersihkan dengan syampu rambut. Inilah cara yang saya gunakan untuk anak saya yang kedua semasa berusia sebulan. Semasa itu juga saya risau. Namun saya menemukan cara ini dan alhamdulillah bersih setelah beberapa hari mengamalkannya.
Rawatan lain juga seperti syampu khas untuk rawatan cradle cap ini juga ada dijual di farmasi atau kedai kesihatan.
Selamat mencuba & senyumlah selalu.
No comments:
Post a Comment