Monday 29 September 2014

Akhirnya Sudah Ok.

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum,
Akhirnya sudah perbetulkan aplikasi di telefon pintar Farha. Susah hendak masuk untuk melalui telefon ini mengemaskini blog. Di rumah memang ada komputer riba tetapi selalu Afeeq pasang CD Boiboiboy. Hari ini ada masa hendak betulkan balik semua setting.
Semalam baru sahaja ambil stok dari stokis. Maklumlah sudah gaji. Alhamdulillah semakin ramai yang sudah dapat manfaat daripada produk yang Farha jual. Antara terhangat adalah Mineral Coffee & BBPus Collagen.

Minggu lepas ada seorang lagi pelanggan baru, Puan Nurul Shahida. Dia hendak mencuba menggunakan BBPlus Collagen.  Setelah dianalisa kulitnya kering malah banyak kesan cela di kulitnya. Selepas sebulan nanti saya akan berikan analisa kulit percuma untuk melihat keberkesanan BBPlus Collagen. Untuk mereka yang ingin mencuba jom hubungi Farha 0122438219. 

Saturday 20 September 2014

Pelanggan Baru

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamua'laikum

Alhamdulilllah minggu lepas dua sahabat mencuba produk saya. Pn Marina mencuba BBPlus Collagen kerana terlihat perubahan Pn Nurul Suhanah. Lama juga dia menunggu stoknya kerana kami bertemu semasa mesyuarat bulanan. Malah dia sudah menempah untuk bulan yang seterusnya. Walaupun belu mencuba tetapi dia yakin akan keberkesanan BBPlus Collagen.
Pn Radzifah pula mencuba sabun Mineral Essence. Kebetulan kami juga sudah lama tidak berjumpa. Jadi boleh dikatakan menjalankan projek STG ini merapatkan hubungan kami. Rasa seronok dapat berkongsi kebaikan produk dengan sahabat saya.



Kepada mereka yang ingin mencuba, boleh hubungi Farha melalui FB Nur Farha Khalit atau Whatsapp 0122438219.

Friday 19 September 2014

Ulang Tahun Kelahiran

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamua'laikum,

Alhamdulillah hari ini menyambut hari kelahiran. Hari ini juga Farha menyambut setahun tinggal di rumah sendiri. Alhamdulillah juga Allah berikan Farha kehidupan yang baik walaupun pelbagai cabaran yang mendatang. Tetapi semua itu Farha anggap dapat mematangkan Farha.
Semoga tahun yang mendatang Allah melimpah kurniakan rezeki & memberikan kesihatan yang baik.

Thursday 4 September 2014

Cuti

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Seronok hari ini dapat menghabiskan mada bersama keluarga. Sudah lama tidak cuti bersama. Hari ini dapat juga buat aktiviti dari pagi tadi.


Petangnya balik Pontian pula. Bekalan BBPlus Collagen & Mineral Coffee antara penting untuk di bawa. Sesiapa yang hendak dapatkan stok, mudah sahaja. Hubungi Farha.

Tuesday 2 September 2014

Kerja Kosong

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Sudah bulan September. Bulan ini istimewa untuk Farha sebab bulan kelahiran & genap setahun juga tinggal di rumah baru. Mulai bulan ini juga Farha hendak mengemaskini blog setiap hari. InsyaAllah.
Selain itu juga amat mencabar sebab Farha kekurangan kakitangan di tempat kerja & masih mencari Pembantu Jualan.

Untuk mereka yang ingin mengisi kekosongan jawatan ini atau ada sesiapa yang masih mencari pekerjaan boleh hubungi Farha di 0122438219.