Teks : Nur Farha Muhamad Khalit
Assalamualaikum
Belum berkempatan menulis entri ilmiah hari ini. Kebetulan dapat anak tambahan hari ini. Hari ini saya menjaga anak sahabat saya, Hannah. Pengasuhnya ada hal hari ini. Kebetulan pula saya bercuti terus bersetuju menjaga anaknya.
Ini pertama kali menjaga anak orang lain. Takut juga mulanya, tapi pengalaman 2 orang anak, Afeeq & Marsya, membuatkan saya tidak kekok. Afeeq boleh menerima Hannah, dia faham cuma Marsya sahaja yang susah sedikit kerana tidak lagi.
Semalam hari ulangtahun perkahwinan saya yang ketiga.
Alhamdulillah, walaupun pelbagai rintangan kami hadapi kami masih lagi bersama. Agak lucu bila seorang pekerja saya memberikan ucapan tahniah sebab tahun ni tiada penambahan. Tiba-tiba hati ini tertambah seorang anak segera.
Saya akui saya suka kanak-kanak. Mereka ni adalah penghibur di kala kita penat & berduka. Saya hairan kenapalah ada yang tergamak mendera & membuang anak mereka. Bila saya melihat keratan akhbar atau berita di laman sosial mengenai penderaan saya akan terus tutup. Yidak sanggup hendak membayangkan betapa seksanya mangsa itu. Apalah dosa anak-anak ini diperlakukan demikian rupa.
Dunia sekarang semakin hilang perikemanusiaan. Penculikan berlaku kemudian anak-anak kecil ini disuruh untuk mengemis atau dilacurkan. Malah yang paling menyedihkan ada yang sanggup mengambil organ mereka untuk dijual.
Setiap hari saya pasti panjatkan doa agar anak-anak saya dijauhkan dari perkara-perkara yang buruk. Semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh & berjaya di dunia & akhirat. Bila ternampak anak-anak kecil yang lain juga pasti hati ini terus mendoakan untuk mereka.
Amin.
No comments:
Post a Comment