Assalamualaikum
Bagaimana hari anda? Semoga anda bersemangat memulakan hari anda. Alhamdulillah saya rasa bersemangat hari ini. Moga hari-hari mendatang semangat saya semakin meningkat.
Sejak saya menetapkan matlamat untuk menjadi WHAM sepenuh masa dalam masa 4 tahun lagi, kepala saya ini sentiasa mencari benda baru. Selepas menyertai ABDR, menjadi titik mula, sekarang saya cuba mencari sumber lain untuk menguji pasaran saya. Minggu lepas saya telah menghantar 2 permohonan untuk melakukan dropship. Alhamdulillah saya dapat kepercayaan dari Puan Nour Ramli pengusaha baju muslimah mendaftar sebagai agen dropshipnya.
Saya merasakan tidak rugi untuk mencuba. Tambahan lagi selepas belajar membuat blog, saya boleh manfaatkan untuk mempromosikan barangan jualan saya. Hari pertama saya melakukan promosi sudah ada yang membeli. Saya bersyukur sangat.
Selepas ini ada satu lagi dalam perancangan saya tetapi saya tengah fikirkan prosedurnya kerana melibatkan makanan sejukbeku. Agak merisaukan juga sebab ini bukan makanan kering, penjagaan suhu amat penting supaya tidak rosak.
Saya perlu memikirkan perkara baru untuk dipromosikan tetapi bersesuaian & ada hadnya. Nanti ada pula yang tidak terbuat. Saya merancang minggu depan untuk menjadualkan semula jadual saya. Saya perlu melakukan sistem dokumentasi & perancangan yang tersusun supaya saya tidak kelam kabut. Saya juga merancang mengadakan sistem fail untuk memudahkan saya. Selepas belajar dengan ABDR agak teratur sedikit. Semua sudah ada di blog. Jadi saya pelanggan saya menggunakan borang tempahan yang sedia ada tidak kira apa produk yang mereka inginkan. Tidak rugi saya mengeluarkan sedikit modal untuk belajar dengan ABDR. Sekurang-kurangnya sudah ada asas untuj bermula & pergi lebih jauh.
InsyaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Berfikirlah positif & senyumlah selalu.
No comments:
Post a Comment