Teks: Nur Farha Muhamad Khalit
Assalamualaikum,
Bagaimana hari anda? Moga-moga ceria & positif. Alhamdulillah, mari kita panjatkan kesyukuran kepada Allah dengan nikmat & rahmat yang dikurniakan pada kita.
Sekadar berkongsi, pernah seorang sahabat berjumpa dengan saya meluahkan perasaannya terhadap politik kerja. Biasalah mana-mana pun mesti ada perkara ini cuma bagaimana kita menghadapinya. Dia mengatakan sudah tidak tahan lagi. Tapi apakan daya terpaksa bekerja memikirkan belanja makan pakai anak.
Lalu saya cuma memberikan pendapat bagaimana mengatasi permasalahan ini.
Pertama adalah niat kerja. Sematkan niat yang betul, kenapa kita bekerja. Niat kerana Allah & membantu suami. Insya Allah niat yang baik Allah akan bantu kita.
Keduanya, doa paling penting. Sewaktu pergi berkerja kita panjatkan doa agar dipermudahkan segala urusan & dijauhkan dari segala keburukan & kejahatan. Berdoa juga setiap kali selepas solat. Insya Allah, Allah akan sentiasa bersama kita.
Seterusnya, elakkan melabel orang lain. Contohnya, orang ini nak jatuhkan kita, orang ini yang dengki kita. Elakkan kerana ini akan lagi menyakitkan hati kita. Walaupun kita tahu mungkin seseorang ada niat tidak baik tetapi kita jangan fikirkannya. Biarlah dia anggaplah dia orang yang baru kita kenal & doakan untuknya supaya Allah menunjukkan jalan kepadanya. Kita kena ingat orang yang berniat jahat pada kita kalau melihat kita susah & berduka lara, mereka akan bertepuk tangan kegembiraan. Jadi berfikirlah positif & sentiasa ceria.
Elakkan dari membalas semula perkara yang tidak baik orang lakukan kepada kita. Biarlah apa yang mereka buat & perkatakan selagi tidak mengganggu kerja seharian & keselamatan kita. Jika kita bertindak balas seolah-olah kita telah memberikan kemenangan untuk mereka. Cuba selidik kembali & analisa apa yang diperkatakan. Kadangkala benar & kita berubah kepada yang lebih baik. Ingatlah jika kita cepat melatah, kita hanya meletakkannya diri kita di bawah.
Tingkatkan prestasi kerja kita. Sentiasa mematuhi dateline, sentiasa cemerlang dalam setiap tugasan yang diberikan. Elakkan dari mengatakan kalau buat bagus pun bukan bos tengok. Fikiran negatif ini hanya akan mengurangkan motivasi kerja anda. Lama kelamaan akan menyebabkan anda bekerja sambil lewa.
Dalam diri kita juga kena diperbetulkan. Janganlah ada niat untuk mengenakan orang atau dengki terhadap rakan sekerja. Binalah semangat bekerjasama dalam satu pasukan.
Kerja ikhlas bukan sebab bos. Ramai antara kita kerja sebab bos ada. Bila bos tiada semua tunggang langgang. Jika kita ikhlas & amanah terhadap kerja kita, semasa ada atau ketidaan orang atasan, semua akan siap & terjaga.
Berfikir positif, tetapkan niat kita & senyumlah selalu.
No comments:
Post a Comment