Teks: Nur Farha Binti Muhamad Khalit
Assalamualaikum
Makan secara sihat & seimbang sukar dicapai untuk kanak-kanak. Ini kerana mereka jarang boleh mengikut apa yang dinasihati terbaik untuk mereka makan. Kadangkala mereka tidak makan langsung atau kurang selera makan. Kebanyakan mereka lebih suka memilih makanan atau 'picky eater'. Perkara ini merisaukan kebanyakan ibubapa.Dalam pasaran juga terdapat lambakan makanan ringan yang menjadi pilihan mereka berbanding makanan sihat seperti sayuran & buahan.
Di sini, saya ingin kongsikan bagaimana ingin meningkatkan selera makan & menberikan mereka makanan seimbang. Pertama, jadikan masa makan itu seronok. Bagaimana? Cipta menu yang menarik & berwarna warni. Gunakan kreativiti kita untuk membentuk pinggan anak-anak dengan susun atur yang menarik. Tidak susah kerana sayuran & buahan terdapat pelbagai warna.
Persekitaran pemakanan juga kenalah tenang. Dudukkan anak anda di meja makan semasa makan. Elakkan dari mereka berlari-lari atau bermain pada waktu makan.
Menggalakkan anak-anak membantu dalam penyediaan makanan. Contohnya, basuh sayuran, letak makanan di dalam periuk atau mencorak makanan mereka di atas pinggan. Tapi awas, ibubapa mestilah berada di samping mereka bagi menggelakkan kemalangan yang tidak diingini. Ini kerana mereka akan teruja untuk makan makanan yang mereka sediakan sendiri.
Galakkan anak-anak makan pelbagai pilihan makanan yang sihat dan kurangkan makanan ringan. Di sinilah peranan penting kita seperti entri saya Mencorak Pemakanan Anak-anak yang lepas. Dalam menggalakkan mereka makan sihat kita juga perlu ubah cara pemakanan kita. Janganlah kita mementingkan diri kita. Tiba masanya kita makan secara sihat. Ini juga untuk masa depan kita & anak-anak kit. Ingatlah pemakanan sihat boleh mengurangkan risiko penyakit.
Paling penting adalah makan bersama. Kita perlu meluangkan waktu untuk makan bersama-sama. Ini akan meningkatkan selera makan anak-anak. Disamping itu juga meluangkan masa berkualit dengan mereka. Untuk 15 atau 30 minit, jauhkan telefon anda walau sepintar mana telefon anda.
Selamat mencuba & senyumlah selalu.
No comments:
Post a Comment