Teks: Nur Farha Muhamad Khalit
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Allah memberikan kesempatan untuk menghirup udara di dunia ini. Pagi ini macam biasa jika bekerja pagi, saya akan menghantar Afeeq & Marsya ke taska kecuali Jumaat & Sabtu ke rumah makcik. Maklumlah taska hanya ikut waktu bekerja kerajaan. Kerja di dunia jualan ni pula cutinya pada hari biasa. Namun saya rasa bersyukur sebab makcik saya sudi menjaga walaupun di lewat usianya.
Paling mencabar adalah kami suami isteri bekerja shif. Sebelum bulan akan datang, kami akan memastikan jadual kami tidak bertindih terutama pada waktu petang. Tetapi kalau bertindih di waktu pagi, kelebihan untuk kami kerana dapat menghabiskan masa bersama. Alhamdulillah, dengan merancang awal, kami tiada masalah terutama mengambil anak-anak di taska pada waktu petang.
Apa yang penting pada kami adalah perancangan awal & bertolak ansur. Suami juga tidak kekok menjaga mereka.
Entri akan datang, saya akan kongsikan cabaran kami sekeluarga dengan jadual yang padat. Perlu memulakan tugas pagi ini.
Sentiasa positif & senyumlah selalu.
No comments:
Post a Comment