Teks: Nur Farha Muhamad Khalit
Assalamualaikum
Baru sahaja merancang nak update pasal detoxs sambung yang lepas. Tidak berkesempatan. Tadi sudah elok sahaja anak- anak tidur. Selesai mengemas & membersihkan diri terdengar pula tangisan Marsya. Afeeq pula masih tidur. Hari ini cuti tapi sayang sekali suami terpaksa bertugas.
Perancangan awal hari ini hendak menyiapkan blog sudah lama terbengkalai. Nampaknya malam ini terpaksa minta jasa baik suami untuk bagi ruang masa sendiri menyudahkan tugasan diberikan. Minta tolong jagakan anak-anak. Mereka pantang melihat mummy mereka dengan komputer riba atau telefon pintar.Tidak jadi kerja nanti. Mereka juga sudah pandai mengambil perhatian. Oleh kerana itu bila di rumah telefon jarang digunakan.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Senyumlah selalu.
No comments:
Post a Comment