Monday, 7 July 2014

Felinna Beauty Body Lotion -Hari Ke 13

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
setelah 13 hari memakai Felinna Beauty Body Lotion. Alhamdulillah daripada 34.7 inci turunkepada 34.2 inci. Saya berpuashati kerana saya hanya sempat sapu & tiada masa hendak mengurut. Kalau ikutkan anda dinasihatkan untuk mengurut tempat bermasalah selama 5 minit setelah menyapu losyen.

Sekarang kami mengadakan pek promosi sempena Ramadhan.

Untuk mereka yang berminat boleh hubungi saya.
Nur Farha Muhamad Khalit
nurfarha.muhamadkhalit@gmail.com
Sms/Whatsapp : 0122438219

Saturday, 5 July 2014

Amanah & Tanggungjawab.

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Beberapa hari ini agak kronik di tempat kerja tambahan ada anak buah yang mula membuat perangai tidak hadir kerja tanpa pemberitahuan. Kerja di dunia jualan ini berbeza kerana cuti kami berbeza. Jadi jadual yang saya buat amat penting untuk diikuti kerana saya telah merancang pembahagian tenaga kerja bersesuaian dengan hari & bebanan kerja.
Saya hairan kenapalah anak muda sekarang suka sangat lompat kerja. Tidak sedarkah mereka ini tidak bagus untuk resume mereka. Cuba bayangkan setahun sampai 3 atau 4 tempat kerja yang berlainan. Mesti orang yang menemuduga pun curiga & ragu untuk ambil bekerja.
Lepas itu yang sudah ada kerja pula buat perangai mana yang datang lambatnya, tidak datang kerja, mengular dan lain-lain lagi. Bila ditegur tidak boleh diterima terua berhenti terus berhenti kerja.
Saya pernah menasihatkan anak-anak buah dahulu supaya bekerja & letak matlamat. Walaupun mula dari bawah tapi kalau ada usaha & sabar, InsyaAllah akan boleh melangkah ke peringkat lebih tinggi. Sebelum berhenti kerja fikir dahulu baik buruk pekerjaan lama & yang akan diterima. Bukan ikut perasaan. Perlu juga jika dalam tempoh notis masih lagi bekerja dengan baik & berdisplin. Bukan sebab akan bekerja di tempat baru dijadikan alasan untuk membuat masalah displin.
Mungkin disebabkan mereka masih ditanggung & tiada tanggungjawab menjadikan lesen untuk mereka berbuat sesuka hati di tempat kerja. Tetapi sebagai pengurua mereka, perlulah mengingatkan mereka bahawa suatu hari nanti mereka juga akan berkeluarga & perlu bekerja keraa untuk menampung kehidupan mereka.
Mudah-mudahan Allah lembutkan hati mereka menerima teguran & nasihat.
Berfikir positif & senyumlah selalu.

Pengasuh Hujung Minggu

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Agak kelam kabut sedikit minggu ini. Saya tengah mencari pengasuh untuk hujung minggu (Jumaat & Sabtu) serta cuti umum. Pengasuh sekarang ibu saudara sebelah suami sudah tidak larat lagi. Maklum sahajalah Afeeq & Marsya sudah lasak. Bukan mudah hendak cari pengasuh sekarang ini. Tiada yang hendak menjaga di hujung minggu & waktu cuti umum kerana mereka menghabiskan masa dengan keluarga mereka.
Kalau sudah ada calon pun kenalah tapis dahulu. Tidak boleh main letak sahaja. Kena tengok juga tingkahlaku, percakapan & persekitaran rumahnya. Kalau boleh yang mematuhi syariat dari pelbagai segi. Mereka yang akan jadi contoh kepada anak-anak saya nanti.
Runsing juge memikirkan perkara ini tetapi buat sementara waktu terpaksa berulang alik dari JB ke Pontian selagi tiada pengasuh.
Perkara ini saya anggap cabaran malah menguatkan lagi untuk mempercepatkan niat saya berhenti kerja. Namun saya kena fokus dalam menjana pendapatan sampingan dahulu. Belajar selok belok bisnes & bila sudah stabil dengan bisnes & ada tabungan sewaktu itulah baru boleh berhenti. Walaupun kadangkala rasa terus hendak berhenti itu ada, saya anggap itu hanyalah terlalu ikut emosi. Dalam membuat keputusan kenalah rasional & tidak melulu.
Banyak lagi perlu saya belajar. Saya bersyukur dipertemukan dengan sahabat-sahabat & mentor-mentor yang boleh saya belajar dengan mereka.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
Berfikir positif & senyumlah selalu.


Thursday, 3 July 2014

Perkongsian Sahabat Baru di ABDR

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Semalam sempat sahabat saya Pn Sharimah Yahya menghubungi saya melalui Facebook. Maklumbalas positif yang saya dapat daripadanya. Saya rasa bersyukur kerana dia mendapat manfaat setelah mendaftar melalui saya. Dia mengatakan sekarang masanya dipenuhi dengan tugasan. Dia pernah mempunyai blog sebelum ini mengatakan blog yang baru ini juga berbeza & lebih sistematik serta teratur.
Malah dia juga sudah mula menggunakan blog sebagai salah satu tempat mempromosikan produk. Saya melihat perkembangan dia di blog & Facebook. Rasa seronok melihat perkembangannya.
Saya hanya membantu untuk membuka jalan tetapi yang paling penting adalah kemahuan & keinginan seseorang itu untuk menggunakan apa pihak ABDR sediakan. Anda sendiri yang perlu menolak diri anda & mengatur masa untuk menyiapkan tugasan.
Semoga semua mendapat manfaat apa yang saya kongsikan.
Berfikir positif & senyumlah selalu.

Wednesday, 2 July 2014

Felinna Beauty Body Lotion Plus-Hari ke 8

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Hari ini hendak kongsikan selepas beberapa hari pakai losyen Felinna Beauty Body Lotion Plus. Setiap kali pakai baunya sedap, pada saya macam ala-ala cocoa butter pun ada. Tidak terlalu panas sedap-sedap sahaja. Paling baik lepas pakai buatlah aktiviti ringan atau bersenam untuk lebih berkesan. Ini kerana semasa anda bergerak aktif, bahagian yang disapu losyen ini akan aktif & panas.
Apa yang ada dalam losyen ini?

1. Hydrolyzed collagen
Kolagen ialah ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk kecantikan untuk awet muda dan menjadi pilihan utama wanita pada masa kini. Kajian klinikal menunjukkan keberkesanan pengunaan kolagen dapat membantu:
■  Menegangkan kulit
■  Memudarkan bintik hitam dan garis-garis halus
■  Mencerahkan kulit
■  Anti-penuaan
■  Membantu penyembuhan luka dan mengurangkan parut
■  Mengekalkan kelembapan kulit
■  Mencantikkan dan mencerahkan kuiit

2. Aloe Vera
Kelebihan aloe vera ialah:
■  Perawatan kulit fungsinya menghilangkan jerawat, melembabkan kulit, detoksifikasi kulit, menghapuskan bekas luka dan tanda, mengurangi peradangan, serta membaiki dan peremajaan kulit.

3. Glutathione
Glutathione membantu mengaktifkan sel-sel darah dan sel-sel kulit mati untuk lebih cergas dan sihat dengan menyahkan bahan-bahan bertoksik dari tubuh badan.
■ Ini akan membuatkan kulit bebas dari bahan toksik dan membantu kolagen diaktifkan untuk mendapat kulit yang lebih gebu dan putih dan cerah.
■  Mengecilkan poripori & menjadikan kulit lembut, segar dan berseri
■  Menghindari pigmen serta mengawal dan mencegah kesan jerawat
■  Bertindak sebagai anti oksida

4. Vitamin E
Semakin ramai orang yang telah mula mempercayai dan sedar tentang Vitamin E yang membantu mereka yang menghadapi masalah kulit kering dan kusam kepada kulit cantik, sihat dan kekal lembab.
■  Membantu mencantik dan melembabkan kulit
■  Membantu mencegah kerosakan sel daripada radikal bebas



Ingin mencuba? Boleh PM saya di Facebook Nur Farha Muhamad Khalit atau sms /whatsapp ke 0122438219.

Tuesday, 1 July 2014

Keracunan Makanan

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Bulan puasa ni memang banyak bazar tapi hati-hati memilih makanan. Ini kerana boleh berlaku keracunan makanan. Antara sebab terjadinya keracunan makanan adalah

  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
  • Makananyang ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama iaitu lebih 4 jam.
  • Makanan yang tidak disimpan dengan baik di mana berlaku percampuran antara yang telah dimasak dan yang mentah.
  • Pengendalian makanan yang tidak bersih
  • Makanan disediakan oleh orang yang sakit atau membawa penyakit bawaan makanan.
Punca keracunan adalah disebabkan bakteria atau racun toksin. Tanda-tanda keracunan makanan bergantung kepada umur, jumlah dos keracunan itu, penyebab keracunan dan imuniti tubuh badan seseorang. Antara tanda keracunan ialah

  • Rasa loya
  • Cirit birit
  • Muntah-muntah
  • Berpeluh 
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Keletihan
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas segeralah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. Sekiranya tidak dirawat bakal menyebabkan komplikasi yang serius. Jika makanan itu anda beli diluar anda boleh membuat laporan di Pejabat Kesihatan Daerah dengan segera.
Berhati-hati memilih makanan anda & pastikan tempat anda membeli makanan adalah bersih & pengendali makanan itu mempunyai amalan pengendalian makanan yang baik.
Selamat berpuasa & senyumlah selalu.

Monday, 30 June 2014

Bertindak Sekarang

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Ramai antara orang yang saya jumpa bercita-cita ingin meninggalkan alam pekerjaan & menjadi WAHM. Ada juga ingin membantu meringankan beban suami tetapi takut untuk memulakan langkah. Memang bagus ada niat tetapi jika tiada tindakan ia adalah sia-sia. Sampai suatu ketika niat itu akan terkubur begitu sahaja.
Marilah bertindak sekarang modal hanya sedikit sahaja diperlukan. Memang kita tidak akan mendapat pulangan yang lumayan tetapi kita belajar untuk mencari tapak. Ini adalah untuk jangkamasa panjang.
Marilah bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Kami menyediakan pelbagai kelas untuk anda.
Boleh daftar mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas telekung solat borong dan runcit
7. Kelas asas wordpress
8. Kelas mula bisnes makanan sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan 750 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga

Jika anda tidak pasti untuk pilih yang mana anda boleh hubungi saya melalui Facebook Nur Farha Muhamad Khalit atau email ke nurfarha.muhamadkhalit@gmail.com atau Whatsapps ke 0122438219.  InsyaAllah saya akan cuba untuk membantu anda.
Berfikir positif & senyumlah selalu.