Teks : Nur Farha Muhamad Khalit
Assalamualaikum
Semalam sempat sahabat saya Pn Sharimah Yahya menghubungi saya melalui Facebook. Maklumbalas positif yang saya dapat daripadanya. Saya rasa bersyukur kerana dia mendapat manfaat setelah mendaftar melalui saya. Dia mengatakan sekarang masanya dipenuhi dengan tugasan. Dia pernah mempunyai blog sebelum ini mengatakan blog yang baru ini juga berbeza & lebih sistematik serta teratur.
Malah dia juga sudah mula menggunakan blog sebagai salah satu tempat mempromosikan produk. Saya melihat perkembangan dia di blog & Facebook. Rasa seronok melihat perkembangannya.
Saya hanya membantu untuk membuka jalan tetapi yang paling penting adalah kemahuan & keinginan seseorang itu untuk menggunakan apa pihak ABDR sediakan. Anda sendiri yang perlu menolak diri anda & mengatur masa untuk menyiapkan tugasan.
Semoga semua mendapat manfaat apa yang saya kongsikan.
Berfikir positif & senyumlah selalu.
No comments:
Post a Comment