Thursday 17 July 2014

Projek STG

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamua'laikum,

Seronok dapat habiskan masa 2 jam dengan mentor STG Cikgu Apit. Sayangnya masih tidak dapat bersua muka dengan Cik Mun. Alhamdulillah banyak ilmu diperturunkan. Malah saya dapat mendengar penjelasan yang terang mengenai projek STG. Selama ini hanya bertanya secara maya. Ini berdepan pelbagai persoalan yang diutarakan. Tidak rugi berjumpa dengan Cikgu Apit.
Belajar daripada A sampai Z. Daripada hendak membina timeline hinggalah ke cara posting dengan betul. Mungkin orang pandang ringan hal posting di FB. Tetapi dengan cara yang betul kita boleh membina pembaca & pengikut kita sendiri. 'Make your FB friendly' itulah secara tepatnya & boleh tarik minat serta berkesan kepada pengguna FB yang lain.
Coaching dengan Cikgu Apit

Saya memang rasa beruntung sebab ini sudah kira tuisyen percuma dengan Cikgu Apit. Bila sudah dengar mengenai sistem yang disediakan dalam projek STG ini, saya yakin hala tuju & tidak lagi tercari-cari yang lain. Paling penting kena ikut apa yang diajar oleh mentor kita.

Untuk mereka yang berminat mengetahui apa itu projek STG boleh menghubungi saya melalui FB saya Nur Farha Khalit atau Whatsapp 0122438219.

No comments: