Tuesday, 1 July 2014

Keracunan Makanan

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Bulan puasa ni memang banyak bazar tapi hati-hati memilih makanan. Ini kerana boleh berlaku keracunan makanan. Antara sebab terjadinya keracunan makanan adalah

  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
  • Makananyang ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama iaitu lebih 4 jam.
  • Makanan yang tidak disimpan dengan baik di mana berlaku percampuran antara yang telah dimasak dan yang mentah.
  • Pengendalian makanan yang tidak bersih
  • Makanan disediakan oleh orang yang sakit atau membawa penyakit bawaan makanan.
Punca keracunan adalah disebabkan bakteria atau racun toksin. Tanda-tanda keracunan makanan bergantung kepada umur, jumlah dos keracunan itu, penyebab keracunan dan imuniti tubuh badan seseorang. Antara tanda keracunan ialah

  • Rasa loya
  • Cirit birit
  • Muntah-muntah
  • Berpeluh 
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Keletihan
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas segeralah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. Sekiranya tidak dirawat bakal menyebabkan komplikasi yang serius. Jika makanan itu anda beli diluar anda boleh membuat laporan di Pejabat Kesihatan Daerah dengan segera.
Berhati-hati memilih makanan anda & pastikan tempat anda membeli makanan adalah bersih & pengendali makanan itu mempunyai amalan pengendalian makanan yang baik.
Selamat berpuasa & senyumlah selalu.

No comments: