Teks : Nur Farha Muhamad Khalit
Assalamualaikum
Agak kelam kabut sedikit minggu ini. Saya tengah mencari pengasuh untuk hujung minggu (Jumaat & Sabtu) serta cuti umum. Pengasuh sekarang ibu saudara sebelah suami sudah tidak larat lagi. Maklum sahajalah Afeeq & Marsya sudah lasak. Bukan mudah hendak cari pengasuh sekarang ini. Tiada yang hendak menjaga di hujung minggu & waktu cuti umum kerana mereka menghabiskan masa dengan keluarga mereka.
Kalau sudah ada calon pun kenalah tapis dahulu. Tidak boleh main letak sahaja. Kena tengok juga tingkahlaku, percakapan & persekitaran rumahnya. Kalau boleh yang mematuhi syariat dari pelbagai segi. Mereka yang akan jadi contoh kepada anak-anak saya nanti.
Runsing juge memikirkan perkara ini tetapi buat sementara waktu terpaksa berulang alik dari JB ke Pontian selagi tiada pengasuh.
Perkara ini saya anggap cabaran malah menguatkan lagi untuk mempercepatkan niat saya berhenti kerja. Namun saya kena fokus dalam menjana pendapatan sampingan dahulu. Belajar selok belok bisnes & bila sudah stabil dengan bisnes & ada tabungan sewaktu itulah baru boleh berhenti. Walaupun kadangkala rasa terus hendak berhenti itu ada, saya anggap itu hanyalah terlalu ikut emosi. Dalam membuat keputusan kenalah rasional & tidak melulu.
Banyak lagi perlu saya belajar. Saya bersyukur dipertemukan dengan sahabat-sahabat & mentor-mentor yang boleh saya belajar dengan mereka.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
Berfikir positif & senyumlah selalu.
1 comment:
Same la kak... huhuhu
Post a Comment