Wednesday, 3 December 2014

Pek Percubaan Bbplus Collagen

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum

Farha ada tawarkan pek percubaan untuk Bbplus Collagen . Ini kerana ada yang hendak cuba tapi takut hendak membeli sebab risau tidak sesuai. Farha buka untuk 10 sachet dengan harga RM90. Kalau sekotak RM180. Harga masih boleh dibincangkan. Paling penting Farha hendak kongsikan kebaikan BBPlus Collagen ini. Jom tengok perubahan wajah Farha.

Boleh hubungi Farha di 0122438219 untuk sebarang pertanyaan atau pembeliaan.

Fikirlah positif & senyumlah selalu.😊

Senyum & Terus Tersenyum

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum

Alhamdulillah hujan pagi ini. Kebetulan cuti, memang seronok. Sudah siap masak, masa untuk habiskan dengan keluarga. Sarapan mesti di temani Mineral Coffee. Afeeq & Marsya  semakin membesar. Bila tengok gambar dulu masa kecil rasa macam pantas masa berlalu. 
Farha rancang 2 tahun sahaja lagi. Semoga dengan Projek STG yang Farha sertai boleh memberikan peluang untuk Farha berjaya dalam perniagaan online. Banyak lagi Farha kena belajar. Kadang kala padang surut. Alhamdulillah ada rakan-rakan yang boleh memotivasikan semula diri ini. Tidak lama lagi Farha ada bisnes partner. Semoga kami akan berjaya.
Fikirlah positif & senyumlah selalu.😊 . 

Thursday, 27 November 2014

Manfaatkannya

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit
Assalamualaikum
Sudah lama menyepi. Mungkin sudah tiba masa aktif berblog semula. Macam rugi sahaja ada blog tapi tak guna. Jom kita mula aktif. Hari ini kongsikan gambar yang memberikan impak positif pada saya. Saya suka sangat.
Gambar ini diambil semasa Farha menyambut hari kelahiran anak buah Farha. Memang seronok. Apa yang Farha belajar kalau kita positif, maka orang sekeliling kita akab dapat tenaga positif itu.
Jom fikir yang positif & senyumlah selalu.

Friday, 24 October 2014

Salam Maal Hijrah

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum,
Alhamdulillah sudah memasuki tahun baru hari ini. Farha lebih rasa bersemangat & tahun baru ini Farha tekad untuk lebih berusaha memperbaiki diri. Ingin lebih berusaha untuk mencapai impian Farha dapat mendidik anak-anak sendiri. 
Dengan projek STG, Farha sudah mula nampak keberkesanannya. Walaupun Farha agak perlahan tetapi Farha berharap & berdoa semoga tahun ini Allah bukakan lagi rezeki Farha seluas-luasnya menerokai dunia perniagaan.
Farha teringat satu pesanan tetapi Farha lupa daripada mana. Kita berniaga bukan kerana hendak kaya atau hendak duit tetapi berniagalah dengan niat dekat dengan Allah. InsyaAllah Allah akan bantu kita. 
Farha juga doakan sahabat-sahabat semua semoga berjaya & dapat mencapai impian semua.

Tuesday, 21 October 2014

Jom Block.

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Sudaah dua hari Farha mem'block' orang dalam Facebook. Macam negatif tapi masalahnya ada yang mengmbil kesempatan. Farha menerima permohonan untuk berkawan di Facebook kerana melihat 'mutual friend' & kemungkinan pelanggan Farha.
Pada mulanya memang baik memberikan salam perkenalan kemudian bila ditanya hendak membeli produk terus timbul perkataan yang kurang enak. Contohnya sayang & tiba-tiba mesra. Selepas itu terus sahaja saya tidak membalas malah mem'block' orang itu.
Pelik kerana bukannya tidak nampak status isteri orang, malah sudah ada gambar anak tetapi mereka cuba bermain api. Kenapalah ada orang yang mengambil kesempatan seperti ini. Inilah yang dirisaukan oleh ibubapa sekarang kerana ada manusia yang mengambil kesempatan dengan niat yang tidak baik.
Ya Allah, Jauhkanlah orang yang berniat jahat seperti ini daripada Farha & keluarga serta rakan Farha. Semoga Allah permudahkan Farha untuk berniaga secara atas talian.

Saturday, 18 October 2014

Sambil Menyelam Minum Air

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum,

Seronok rasanya walaupun keletihan selepas balik dari mesyuarat semalam. Bayangkan baru ambil stok dua hari lepas sudah tinggal separuh.Memang kebetulan mesyuarat sebulan sekali, pasti ada yang menempah stok. Alhamdulillah setiap bulan pasti bertambah. Macam orang kata sambil menyelam minum air. Sambil naik KL,Farha hantar barang sekali. 

Ini adalah barang yag di ambil dari stokis. 
Setiap kali mesyuarat Cik Wan Hasni pasti memesan Mineral Coffee. Dia sentiasa keletihan disebabkan tuntutan kerja. Malah ada masalah diabetes menyebabkan dia berhati-hati mengambil minuman. Alhamdulillah Mineral Coffe banyak membantu dia cergas sepanjang hari.
Selain menghantarkan stok Cik Wan Hasni, Farha juga membawa Mineral Coffee untuk Pn Zie Norman yang baru pertama kali berjumpa. Puan Marina pula seperti biasa menambah stok BBPlus Collagen selain mencuba Mineral Coffee. Ternyata setelah sebulan kulit Pn Marina memang ada menampakkan kesan lebih cerah & tidak kusam.

Alhamdulillah dapat menambahkan nilai dalam hidup sahabat semua. Sesiapa yang hendak mengetahui kebaikan produk Farha atau ingin membeli, jom hubungi Farha melalui FB atau Whatsapp 0122438219.

Thursday, 16 October 2014

Projek Kempis Perut

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamua'laikum,

Seronok hari ini. Awal pagi sudah ke UTC di Kotaraya mengambil IC. Kemudian berkejar ke stokis sekejap mengambil stok. Kali ini pertama kali jumlah stok melebihi 4 angka. Alhamdulillah dengan STG Farha mengorak langkah jauh. Paling penting boleh belajar dengan sahabat yang lain. Malah sudah dimasukkan dalam kumpulan untuk meningkatkan semangat & berkongsi maklumat. Paling seronok setiap bulan dapat bonus. 

Hari ini juga menghantar stok Mineral Coffee kepada Pn Nor Hasyimah Baker. Setiap kali pasti 2 kotak. Dia akan bekalkan kepada suaminya yang outstation. Sambil itu Pn Nur Iedrilla Rahman pula menyambar set Projek Kempis Perut yang mengandungi Mineral Coffee & Garlic.

Esok pula stok akan berjalan ke Kuala Lumpur pula. Kebetulan mesyuarat esok. Stok tinggal separuh sahaja. Minggu depan kena tambah stok kembali untuk tidak menghampakan pelanggan Farha.