Friday, 24 October 2014

Salam Maal Hijrah

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum,
Alhamdulillah sudah memasuki tahun baru hari ini. Farha lebih rasa bersemangat & tahun baru ini Farha tekad untuk lebih berusaha memperbaiki diri. Ingin lebih berusaha untuk mencapai impian Farha dapat mendidik anak-anak sendiri. 
Dengan projek STG, Farha sudah mula nampak keberkesanannya. Walaupun Farha agak perlahan tetapi Farha berharap & berdoa semoga tahun ini Allah bukakan lagi rezeki Farha seluas-luasnya menerokai dunia perniagaan.
Farha teringat satu pesanan tetapi Farha lupa daripada mana. Kita berniaga bukan kerana hendak kaya atau hendak duit tetapi berniagalah dengan niat dekat dengan Allah. InsyaAllah Allah akan bantu kita. 
Farha juga doakan sahabat-sahabat semua semoga berjaya & dapat mencapai impian semua.

No comments: