Tuesday, 21 October 2014

Jom Block.

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Sudaah dua hari Farha mem'block' orang dalam Facebook. Macam negatif tapi masalahnya ada yang mengmbil kesempatan. Farha menerima permohonan untuk berkawan di Facebook kerana melihat 'mutual friend' & kemungkinan pelanggan Farha.
Pada mulanya memang baik memberikan salam perkenalan kemudian bila ditanya hendak membeli produk terus timbul perkataan yang kurang enak. Contohnya sayang & tiba-tiba mesra. Selepas itu terus sahaja saya tidak membalas malah mem'block' orang itu.
Pelik kerana bukannya tidak nampak status isteri orang, malah sudah ada gambar anak tetapi mereka cuba bermain api. Kenapalah ada orang yang mengambil kesempatan seperti ini. Inilah yang dirisaukan oleh ibubapa sekarang kerana ada manusia yang mengambil kesempatan dengan niat yang tidak baik.
Ya Allah, Jauhkanlah orang yang berniat jahat seperti ini daripada Farha & keluarga serta rakan Farha. Semoga Allah permudahkan Farha untuk berniaga secara atas talian.

No comments: