Thursday, 27 November 2014

Manfaatkannya

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit
Assalamualaikum
Sudah lama menyepi. Mungkin sudah tiba masa aktif berblog semula. Macam rugi sahaja ada blog tapi tak guna. Jom kita mula aktif. Hari ini kongsikan gambar yang memberikan impak positif pada saya. Saya suka sangat.
Gambar ini diambil semasa Farha menyambut hari kelahiran anak buah Farha. Memang seronok. Apa yang Farha belajar kalau kita positif, maka orang sekeliling kita akab dapat tenaga positif itu.
Jom fikir yang positif & senyumlah selalu.

Friday, 24 October 2014

Salam Maal Hijrah

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum,
Alhamdulillah sudah memasuki tahun baru hari ini. Farha lebih rasa bersemangat & tahun baru ini Farha tekad untuk lebih berusaha memperbaiki diri. Ingin lebih berusaha untuk mencapai impian Farha dapat mendidik anak-anak sendiri. 
Dengan projek STG, Farha sudah mula nampak keberkesanannya. Walaupun Farha agak perlahan tetapi Farha berharap & berdoa semoga tahun ini Allah bukakan lagi rezeki Farha seluas-luasnya menerokai dunia perniagaan.
Farha teringat satu pesanan tetapi Farha lupa daripada mana. Kita berniaga bukan kerana hendak kaya atau hendak duit tetapi berniagalah dengan niat dekat dengan Allah. InsyaAllah Allah akan bantu kita. 
Farha juga doakan sahabat-sahabat semua semoga berjaya & dapat mencapai impian semua.

Tuesday, 21 October 2014

Jom Block.

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Sudaah dua hari Farha mem'block' orang dalam Facebook. Macam negatif tapi masalahnya ada yang mengmbil kesempatan. Farha menerima permohonan untuk berkawan di Facebook kerana melihat 'mutual friend' & kemungkinan pelanggan Farha.
Pada mulanya memang baik memberikan salam perkenalan kemudian bila ditanya hendak membeli produk terus timbul perkataan yang kurang enak. Contohnya sayang & tiba-tiba mesra. Selepas itu terus sahaja saya tidak membalas malah mem'block' orang itu.
Pelik kerana bukannya tidak nampak status isteri orang, malah sudah ada gambar anak tetapi mereka cuba bermain api. Kenapalah ada orang yang mengambil kesempatan seperti ini. Inilah yang dirisaukan oleh ibubapa sekarang kerana ada manusia yang mengambil kesempatan dengan niat yang tidak baik.
Ya Allah, Jauhkanlah orang yang berniat jahat seperti ini daripada Farha & keluarga serta rakan Farha. Semoga Allah permudahkan Farha untuk berniaga secara atas talian.

Saturday, 18 October 2014

Sambil Menyelam Minum Air

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum,

Seronok rasanya walaupun keletihan selepas balik dari mesyuarat semalam. Bayangkan baru ambil stok dua hari lepas sudah tinggal separuh.Memang kebetulan mesyuarat sebulan sekali, pasti ada yang menempah stok. Alhamdulillah setiap bulan pasti bertambah. Macam orang kata sambil menyelam minum air. Sambil naik KL,Farha hantar barang sekali. 

Ini adalah barang yag di ambil dari stokis. 
Setiap kali mesyuarat Cik Wan Hasni pasti memesan Mineral Coffee. Dia sentiasa keletihan disebabkan tuntutan kerja. Malah ada masalah diabetes menyebabkan dia berhati-hati mengambil minuman. Alhamdulillah Mineral Coffe banyak membantu dia cergas sepanjang hari.
Selain menghantarkan stok Cik Wan Hasni, Farha juga membawa Mineral Coffee untuk Pn Zie Norman yang baru pertama kali berjumpa. Puan Marina pula seperti biasa menambah stok BBPlus Collagen selain mencuba Mineral Coffee. Ternyata setelah sebulan kulit Pn Marina memang ada menampakkan kesan lebih cerah & tidak kusam.

Alhamdulillah dapat menambahkan nilai dalam hidup sahabat semua. Sesiapa yang hendak mengetahui kebaikan produk Farha atau ingin membeli, jom hubungi Farha melalui FB atau Whatsapp 0122438219.

Thursday, 16 October 2014

Projek Kempis Perut

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamua'laikum,

Seronok hari ini. Awal pagi sudah ke UTC di Kotaraya mengambil IC. Kemudian berkejar ke stokis sekejap mengambil stok. Kali ini pertama kali jumlah stok melebihi 4 angka. Alhamdulillah dengan STG Farha mengorak langkah jauh. Paling penting boleh belajar dengan sahabat yang lain. Malah sudah dimasukkan dalam kumpulan untuk meningkatkan semangat & berkongsi maklumat. Paling seronok setiap bulan dapat bonus. 

Hari ini juga menghantar stok Mineral Coffee kepada Pn Nor Hasyimah Baker. Setiap kali pasti 2 kotak. Dia akan bekalkan kepada suaminya yang outstation. Sambil itu Pn Nur Iedrilla Rahman pula menyambar set Projek Kempis Perut yang mengandungi Mineral Coffee & Garlic.

Esok pula stok akan berjalan ke Kuala Lumpur pula. Kebetulan mesyuarat esok. Stok tinggal separuh sahaja. Minggu depan kena tambah stok kembali untuk tidak menghampakan pelanggan Farha.


Wednesday, 15 October 2014

Berpantang Dengan Premium Beauty Corset

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit
Sumber: Koleksi informasi & testimoni #projekstg

Assalamualaikum
Hari ini Farha hendak berkongsi kebaikan berpantang dengan Premium Beauty Corset. Antaranya adalah :

✔️Mengeluarkan ANGIN dalam badan
✔️Mengecutkan dan memperkemaskan semula RAHIM yang mengembang semasa mengandung
✔️Menarik dan merapatkan semula TULANG PINGGUL yang mengembang semasa proses bersalin
✔️Menyegarkan badan yang lesu dan letih akibat sepanjang proses melahirkan bayi
✔️Mengeluarkan darah nifas yang BEKU dan BERKETUL-KETUL dengan lancar
✔️Mengeluarkan segala sisa kotoran dan air bisa (menggantikan PROSES TANGAS) dari rahim
✔️Menyokong (menyengkak) rahim dari jatuh
✔️Menyihatkan rahim dan memberi persediaan untuk proses persenyawaan seterusnya (menyeimbangkan semula hormon estrogen dan progestron)
✔️Menghilangkan STRETCH MARK akibat semasa mengandung atau menggaru perut kerana kegatalan (stretch mark)
✔️Menghangatkan dalam badan dan tidak perlu menggunakan bahan2 seperit param, tapel dan pilis
✔️Melancarkan proses pembuangan air besar (sembelit terjadi apabila memakan jamu)
✔️Membanyakkan susu dan mengelakkan bayi dari cirit-birit akibat pemakanan jamu
✔️Merawat luka-luka di dalam rahim mahupun di luar
✔️Meningkatkan metabolisma dan membantu mengurangkan berat badan dgn cepat

Jom sesiapa yang hendak mencuba boleh hubungi Farha 0122438219


Tuesday, 14 October 2014

Terima Kasih Adik-adikku

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Hari ini beru berkesempatan membelek hadiah yang diberikan adik-adik Farha. Mereka memberikan buku untuk menambah ilmu bagaimana untuk berniaga. Dari dulu memang ada keinginan hendak membeli buku Dr Azizan Osman. Tapi tidak berkesempatan. Pada masa hari kelahiran Farha bulan lepas adik lelaki  menelefon Farha bertanyakan hendak tidak dia menghadiahkan buku DAO. Farha apa lagi cakaplah ada yang hendak memberi, ambil sahajalah. Rezeki jangan ditolak. 
Mereka tahu kakaknya yang seorang ini minat berniaga mewarisi daripada ayah. Semoga dengan doa kalian along berjaya dalam dunia perniagaan.