Wednesday, 16 July 2014

Penangan Mineral Coffee.

Teks: Nu Farha Muhamad Khalit

Assalamua'laikum,
Sudah beberapa hari tidak mengemaskini blog. Disebabkan kesibukan sedikit. Hari Ahad & Isnin pula dapat cuti tambahan sakit mata. Hendak dijadikan dugaan, tidak cukup pula kakitangan di tempat kerja.jika diikutkan kalau saya tidak larat kerana demam atau sakit kepala pasti saya gagahkan diri juga hadir ke tempat kerja. Namun dek kerana mata sakit, terpaksa jugalah cuti. Mana tidaknya silap-silap ada yang berjangkit pula. Saya mengambil langkah berjaga-jaga.
Naik sahaja cuti. pelbagai tugsan menanti & persiapan utuk mesyuarat pada hari Rabu. Malam Selasa sempat berjumpa mentor STG Cikgu Apit mengambil stok pertama. Kebanyakan stok sudah ada empunyanya. Semalam dapat jual 2 sabun Marine Essence & 2 kotak Mineral Coffee. Sambil itu bagi sampel kopi pada sahabat lain.

Gambar masa ambil stok. Koleksi gambar Cikgu Apit.

Stok yang diambil. 1 kotak sabun Marine Essence & 7 kotak Mineral Coffee.

Malam semasa ambil stok itu teruslah minum Mineral Coffee kongsi dengan suami. Suami memang tidak minum kopi. Saya paksa juga. Hendak tahu apa dia cakap? Sedaplah kopi ini. Semasa sahur saya minum secawan & makan kurma 3 biji. Lepas itu terus bersiap hendak ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat. 
Kesan kopi ini rupanya memang dapat dirasakan.Selalunya mesti mengantuk tahap kritikal semasa mesyuarat tetapi semasa mesyuarat semalam rasa mengantuk tiada. Malah saya aktif semasa mesyuarat. Seronok sebab tidaklah tersengguk-sengguk macam orang lain.Malah ada yang tegur kenapa saya tidak tertidur. Opsss malunya rupanya sebelum ini agak teruk juga.
Jom penggemar kopi tegar macam saya kita tukar kepada Mineral Coffee. Boleh hubungi saya melalui Facebook Nur Farha Muhamad Khalit atau SMS/Whatsappke 0122438219. 

Selamat Mencuba

Monday, 14 July 2014

Sabun Marine Essence Bar

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamua'laikum
 BANYAKNYA BAHAGIAN KULIT GELAP DAN TAK SEKATA

Anda anda masalah kulit gelap? Kering? Tak sekata? Parut jerawat? Bau badan? Ruam? Eczema? Kulit sensitif?
Bimbang ianya merosakkan penampilan raya anda? 

Jangan risau... Ada penyelesaian yang mudah dan cepat >>>> SABUN MARINE ESSENCE BAR! Dengan khasiat garam buluh, hasilnya pasti memuaskan!!! Kerana itulah sabun ini selalu out of stock!!!! Siapa yanga tidak mahu kalau boleh hilangkan masalah kulit dgn cepat hanya dengan menggunakan sabun yang wangi jer!

PROMOSI RAMADHAN BERLANGSUNG SEKARANG!!! PM/Hubungi saya FARHA 0122438219 untuk tawaran menarik!!! (***Selagi stok masih ada).


Saturday, 12 July 2014

Mineral Coffee

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

Ingin mencuba boleh hubungi saya SMS/Whatsapp 0122438219.


Belajar Perkara Baru

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamua'laikum
Hari ini belajar sesuatu yang baru. Teknik pemasaran yang ringkas & bagaimana menarik pembaca. Kadang kala kerana terlalu sarat dengan iklan juga membuat pembaca kadangkala kurang disenangi & menjauhi kita. Malah apa yang kita kemaskini tidak dilihat atau dibaca oleh mereka. Ini kerana mereka sudah bosan.
Dalam dunia perniagaan ini masih banyak lagi yang saya perlu pelajari. Saya rasa beruntung dipertemukan dengan mentor yang boleh membimbing ke arah kejayaan.
Kita tidak boleh bergerak sendiri. Kita perlu bergerak secara berkumpuan & mentor perlulah seorang yang boleh dipercayai & berpengaruh serta boleh membimbing pasukannya berjaya bersama-sama.
Semoga saya boleh berkembang maju & berjaya.

Thursday, 10 July 2014

Baju Pelanggan

Tek: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamua'laikum
Semalam hantar baju pelanggan. Dia pelanggan pertama untuk baju yang saya buat dropship. Tidak sangka pula ada masalah penghantaran. Dua kali pihak pengeluar hantar melalui pos tapi dipulangkan semula kepada pengeluar. Lalu saya mengambil inisiatif minta pengeluar hantar kepada saya & saya sendiri berikan kepadanya. Saya risau sebab ini melibatkan kepercayaan pelanggan kepada kita.
Alhamdulillah sampai ke tangan pemiliknya. Saya rasa sangat lega. Walaupun rugi sedikit tetaoi tidak mengapa. Paling penting kita mendapat kepercayaan pelangan kita.
Semoga hari ini lebih ceria & senyumlah selalu.

Fokus Produk

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamua'laikum,

Tiba masanya untuk saya fokus produk sekarang. Saya menyertai Smart Tycoon Group baru sahaja dua hari lepas. Tiba-tiba hati terbuka untuk belajar lebih mendalam mengenai pemasaran. Saya mengenali mentor saya CDM Hafiz Rithuan. Kini saya akan fokus kepada baranga Hai O. Antara yang terhangat di pasaran adalah Mineral Coffee serta sabun Marine Collagen.


Kepada yang berminat boleh hubungi saya di talian 0122438219.

Tuesday, 8 July 2014

Hujan Rahmat

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamu'laikum
Hujan di pagi hari. Semoga hujan ini adalah hujan rahmat untuk semua. Saya sedang berusaha mencari sesuatu untuk berjaya dalam bisnes online. Masih banyak lagi perlu untuk saya belajar. Walaupun setinggi mana saya belajar tetapi dalam bisnes saya masih lagi bau menapak. Saya memerlukan mentor yang boleh membimbing saya.
Ya Allah mudah-mudahan apa yang tunjukkan & gerakkan untukku adalah yang terbaik untukku. Semoga Engkau pertemukan aku dengan mereka yang boleh membawaku ke arah kejayaan dunia & akhirat.

Aminn...