Assalamua'laikum
Sudah lama Farha tidak kemaskini blog Farha. Maklum sahajalah agak sibuk dengan persiapan raya & raya. Tahun ini pula bergilir dengan suami bercuti. Masa raya Farha bercuti tetapi suami bekerja. Jadi masa dihabiskan dengan Afeeq & Marsya. Bila kembali bertugas pula pelbagai masalah & tugasan perlu diselesaikan.
Di kesempatan ini Farha nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kami sekeluarga memohon maaf jika ada salah silap kami.
Dalam kita bergembira ini jangan lupa penderitaan saudara kita di Palestin. Setiap hari saya mengikuti perkembangan mereka. Rasa sayu & hiba bila mengenangkan mereka yang tidak bersosa menjadi mangsa kekejaman. Moga Allah melindungi mereka.
Nanti Farha kemaskini testimoni produk. Sudah ada pelanggan Farha sendiri berikan. Rasa bersyukur sebab dapat bantu mereka meningkatkan kualiti hidup mereka.
Senyumlah selalu.
No comments:
Post a Comment