Thursday 9 October 2014

Renungan Buat Semua

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Sejak aktif membuat perniagaan online ini, maka selalu juga melihat Facebook. Ada macam satu penyakit di Facebook yang Farha nampak kurang sihat. Apa ya? Komen atau ulasan negatif pada iklan sewaktu orang promosikan produk mereka. Kadang kala melampau seolah-olah hendak menutup periuk nasi orang. Kadangkala sebab lambat jawab pun melenting komen balik ini tipu ke atau ini mesti produk tak ok. Kadang kala ada yang memberikan komen produk itu tidak bagus secara terang-terangan.
Wahai pengguna Facebook sekiranya anda hendak bertanya atau hendak mendapatkan keterangan lanjut, Farha cadangkan PM je terus.  Bagi mereka yang menggunakan produk tapi rasa kurang elok tidak perlulah hendak menempelkan komen negatif. Mungkin tidak sesuai bagi sesetengah orang tetapi sesuai bagi yang lain.
Jadikan medan maya sebagai benda yang positif untuk semua.