Friday 24 October 2014

Salam Maal Hijrah

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum,
Alhamdulillah sudah memasuki tahun baru hari ini. Farha lebih rasa bersemangat & tahun baru ini Farha tekad untuk lebih berusaha memperbaiki diri. Ingin lebih berusaha untuk mencapai impian Farha dapat mendidik anak-anak sendiri. 
Dengan projek STG, Farha sudah mula nampak keberkesanannya. Walaupun Farha agak perlahan tetapi Farha berharap & berdoa semoga tahun ini Allah bukakan lagi rezeki Farha seluas-luasnya menerokai dunia perniagaan.
Farha teringat satu pesanan tetapi Farha lupa daripada mana. Kita berniaga bukan kerana hendak kaya atau hendak duit tetapi berniagalah dengan niat dekat dengan Allah. InsyaAllah Allah akan bantu kita. 
Farha juga doakan sahabat-sahabat semua semoga berjaya & dapat mencapai impian semua.

Tuesday 21 October 2014

Jom Block.

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Sudaah dua hari Farha mem'block' orang dalam Facebook. Macam negatif tapi masalahnya ada yang mengmbil kesempatan. Farha menerima permohonan untuk berkawan di Facebook kerana melihat 'mutual friend' & kemungkinan pelanggan Farha.
Pada mulanya memang baik memberikan salam perkenalan kemudian bila ditanya hendak membeli produk terus timbul perkataan yang kurang enak. Contohnya sayang & tiba-tiba mesra. Selepas itu terus sahaja saya tidak membalas malah mem'block' orang itu.
Pelik kerana bukannya tidak nampak status isteri orang, malah sudah ada gambar anak tetapi mereka cuba bermain api. Kenapalah ada orang yang mengambil kesempatan seperti ini. Inilah yang dirisaukan oleh ibubapa sekarang kerana ada manusia yang mengambil kesempatan dengan niat yang tidak baik.
Ya Allah, Jauhkanlah orang yang berniat jahat seperti ini daripada Farha & keluarga serta rakan Farha. Semoga Allah permudahkan Farha untuk berniaga secara atas talian.

Saturday 18 October 2014

Sambil Menyelam Minum Air

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum,

Seronok rasanya walaupun keletihan selepas balik dari mesyuarat semalam. Bayangkan baru ambil stok dua hari lepas sudah tinggal separuh.Memang kebetulan mesyuarat sebulan sekali, pasti ada yang menempah stok. Alhamdulillah setiap bulan pasti bertambah. Macam orang kata sambil menyelam minum air. Sambil naik KL,Farha hantar barang sekali. 

Ini adalah barang yag di ambil dari stokis. 
Setiap kali mesyuarat Cik Wan Hasni pasti memesan Mineral Coffee. Dia sentiasa keletihan disebabkan tuntutan kerja. Malah ada masalah diabetes menyebabkan dia berhati-hati mengambil minuman. Alhamdulillah Mineral Coffe banyak membantu dia cergas sepanjang hari.
Selain menghantarkan stok Cik Wan Hasni, Farha juga membawa Mineral Coffee untuk Pn Zie Norman yang baru pertama kali berjumpa. Puan Marina pula seperti biasa menambah stok BBPlus Collagen selain mencuba Mineral Coffee. Ternyata setelah sebulan kulit Pn Marina memang ada menampakkan kesan lebih cerah & tidak kusam.

Alhamdulillah dapat menambahkan nilai dalam hidup sahabat semua. Sesiapa yang hendak mengetahui kebaikan produk Farha atau ingin membeli, jom hubungi Farha melalui FB atau Whatsapp 0122438219.

Thursday 16 October 2014

Projek Kempis Perut

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamua'laikum,

Seronok hari ini. Awal pagi sudah ke UTC di Kotaraya mengambil IC. Kemudian berkejar ke stokis sekejap mengambil stok. Kali ini pertama kali jumlah stok melebihi 4 angka. Alhamdulillah dengan STG Farha mengorak langkah jauh. Paling penting boleh belajar dengan sahabat yang lain. Malah sudah dimasukkan dalam kumpulan untuk meningkatkan semangat & berkongsi maklumat. Paling seronok setiap bulan dapat bonus. 

Hari ini juga menghantar stok Mineral Coffee kepada Pn Nor Hasyimah Baker. Setiap kali pasti 2 kotak. Dia akan bekalkan kepada suaminya yang outstation. Sambil itu Pn Nur Iedrilla Rahman pula menyambar set Projek Kempis Perut yang mengandungi Mineral Coffee & Garlic.

Esok pula stok akan berjalan ke Kuala Lumpur pula. Kebetulan mesyuarat esok. Stok tinggal separuh sahaja. Minggu depan kena tambah stok kembali untuk tidak menghampakan pelanggan Farha.


Wednesday 15 October 2014

Berpantang Dengan Premium Beauty Corset

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit
Sumber: Koleksi informasi & testimoni #projekstg

Assalamualaikum
Hari ini Farha hendak berkongsi kebaikan berpantang dengan Premium Beauty Corset. Antaranya adalah :

✔️Mengeluarkan ANGIN dalam badan
✔️Mengecutkan dan memperkemaskan semula RAHIM yang mengembang semasa mengandung
✔️Menarik dan merapatkan semula TULANG PINGGUL yang mengembang semasa proses bersalin
✔️Menyegarkan badan yang lesu dan letih akibat sepanjang proses melahirkan bayi
✔️Mengeluarkan darah nifas yang BEKU dan BERKETUL-KETUL dengan lancar
✔️Mengeluarkan segala sisa kotoran dan air bisa (menggantikan PROSES TANGAS) dari rahim
✔️Menyokong (menyengkak) rahim dari jatuh
✔️Menyihatkan rahim dan memberi persediaan untuk proses persenyawaan seterusnya (menyeimbangkan semula hormon estrogen dan progestron)
✔️Menghilangkan STRETCH MARK akibat semasa mengandung atau menggaru perut kerana kegatalan (stretch mark)
✔️Menghangatkan dalam badan dan tidak perlu menggunakan bahan2 seperit param, tapel dan pilis
✔️Melancarkan proses pembuangan air besar (sembelit terjadi apabila memakan jamu)
✔️Membanyakkan susu dan mengelakkan bayi dari cirit-birit akibat pemakanan jamu
✔️Merawat luka-luka di dalam rahim mahupun di luar
✔️Meningkatkan metabolisma dan membantu mengurangkan berat badan dgn cepat

Jom sesiapa yang hendak mencuba boleh hubungi Farha 0122438219


Tuesday 14 October 2014

Terima Kasih Adik-adikku

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Hari ini beru berkesempatan membelek hadiah yang diberikan adik-adik Farha. Mereka memberikan buku untuk menambah ilmu bagaimana untuk berniaga. Dari dulu memang ada keinginan hendak membeli buku Dr Azizan Osman. Tapi tidak berkesempatan. Pada masa hari kelahiran Farha bulan lepas adik lelaki  menelefon Farha bertanyakan hendak tidak dia menghadiahkan buku DAO. Farha apa lagi cakaplah ada yang hendak memberi, ambil sahajalah. Rezeki jangan ditolak. 
Mereka tahu kakaknya yang seorang ini minat berniaga mewarisi daripada ayah. Semoga dengan doa kalian along berjaya dalam dunia perniagaan.



Thursday 9 October 2014

Renungan Buat Semua

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Sejak aktif membuat perniagaan online ini, maka selalu juga melihat Facebook. Ada macam satu penyakit di Facebook yang Farha nampak kurang sihat. Apa ya? Komen atau ulasan negatif pada iklan sewaktu orang promosikan produk mereka. Kadang kala melampau seolah-olah hendak menutup periuk nasi orang. Kadangkala sebab lambat jawab pun melenting komen balik ini tipu ke atau ini mesti produk tak ok. Kadang kala ada yang memberikan komen produk itu tidak bagus secara terang-terangan.
Wahai pengguna Facebook sekiranya anda hendak bertanya atau hendak mendapatkan keterangan lanjut, Farha cadangkan PM je terus.  Bagi mereka yang menggunakan produk tapi rasa kurang elok tidak perlulah hendak menempelkan komen negatif. Mungkin tidak sesuai bagi sesetengah orang tetapi sesuai bagi yang lain.
Jadikan medan maya sebagai benda yang positif untuk semua.

Tuesday 7 October 2014

Testimoni BBplus Pn Marina

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Sudah beberapa hari tertangguh hendak menulis enteu. Hari ini Farha hendak kongsikan testimoni Pn Marina mengenai BBPlus Collagen.
Pn Marina baru 2 minggu mengambil BBPlus Collagen. Dia lebih yakin dengan penampilannya. Jika dulu dia menggunakan bedak yang banyak, sekarang dia mengurangkan penggunaan bedak kerana kulitnya sudah mula menampakkan perubahan.
Hendakkan keterangan lanjut atau konsultasi? Jom hubungu Farha du talian 0122438219.  InsyaAllah Farha sudi membantu. Jangan segan jangan malu.


Friday 3 October 2014

Stok Terlaris Di Pasaran

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit
Assalamualaikum
Semalam mengira baki stok yang ada. Rupa-rupanya sudah tinggal sikit. Minggu ini kena ambil stok. Alhamdulillah, pelanggan setia seperti Puan Nurul sudah mengambil terus 2 BBPlus Collagen & 2 Mineral Coffee.  Puan Nurhasyimah Baker pula 2 Mineral Coffee. Bulan ini sudah ada pelanggan baru untuk Mineral Coffee & BBPlus Collagen. Farha rasa seronok dapat berkongsi kebaikan produk ini. Farha sendiri amalkan sebab hendak berjualan kita jenalah yakin & pelanggan sendiri boleh melihat kesan kepada diri kita. Betul tak?
Sebenarnya banyak lagi produk lain Farha jual. Macam dalam gambar atas ini. Hendak tahu apa & hendak membeli produk boleh terus hubungi Farha.  InsyaAllah Farha akan dapatkan untuk anda.