Wednesday 16 July 2014

Penangan Mineral Coffee.

Teks: Nu Farha Muhamad Khalit

Assalamua'laikum,
Sudah beberapa hari tidak mengemaskini blog. Disebabkan kesibukan sedikit. Hari Ahad & Isnin pula dapat cuti tambahan sakit mata. Hendak dijadikan dugaan, tidak cukup pula kakitangan di tempat kerja.jika diikutkan kalau saya tidak larat kerana demam atau sakit kepala pasti saya gagahkan diri juga hadir ke tempat kerja. Namun dek kerana mata sakit, terpaksa jugalah cuti. Mana tidaknya silap-silap ada yang berjangkit pula. Saya mengambil langkah berjaga-jaga.
Naik sahaja cuti. pelbagai tugsan menanti & persiapan utuk mesyuarat pada hari Rabu. Malam Selasa sempat berjumpa mentor STG Cikgu Apit mengambil stok pertama. Kebanyakan stok sudah ada empunyanya. Semalam dapat jual 2 sabun Marine Essence & 2 kotak Mineral Coffee. Sambil itu bagi sampel kopi pada sahabat lain.

Gambar masa ambil stok. Koleksi gambar Cikgu Apit.

Stok yang diambil. 1 kotak sabun Marine Essence & 7 kotak Mineral Coffee.

Malam semasa ambil stok itu teruslah minum Mineral Coffee kongsi dengan suami. Suami memang tidak minum kopi. Saya paksa juga. Hendak tahu apa dia cakap? Sedaplah kopi ini. Semasa sahur saya minum secawan & makan kurma 3 biji. Lepas itu terus bersiap hendak ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat. 
Kesan kopi ini rupanya memang dapat dirasakan.Selalunya mesti mengantuk tahap kritikal semasa mesyuarat tetapi semasa mesyuarat semalam rasa mengantuk tiada. Malah saya aktif semasa mesyuarat. Seronok sebab tidaklah tersengguk-sengguk macam orang lain.Malah ada yang tegur kenapa saya tidak tertidur. Opsss malunya rupanya sebelum ini agak teruk juga.
Jom penggemar kopi tegar macam saya kita tukar kepada Mineral Coffee. Boleh hubungi saya melalui Facebook Nur Farha Muhamad Khalit atau SMS/Whatsappke 0122438219. 

Selamat Mencuba

No comments: