Monday 30 June 2014

Bertindak Sekarang

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Ramai antara orang yang saya jumpa bercita-cita ingin meninggalkan alam pekerjaan & menjadi WAHM. Ada juga ingin membantu meringankan beban suami tetapi takut untuk memulakan langkah. Memang bagus ada niat tetapi jika tiada tindakan ia adalah sia-sia. Sampai suatu ketika niat itu akan terkubur begitu sahaja.
Marilah bertindak sekarang modal hanya sedikit sahaja diperlukan. Memang kita tidak akan mendapat pulangan yang lumayan tetapi kita belajar untuk mencari tapak. Ini adalah untuk jangkamasa panjang.
Marilah bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Kami menyediakan pelbagai kelas untuk anda.
Boleh daftar mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas telekung solat borong dan runcit
7. Kelas asas wordpress
8. Kelas mula bisnes makanan sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan 750 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga

Jika anda tidak pasti untuk pilih yang mana anda boleh hubungi saya melalui Facebook Nur Farha Muhamad Khalit atau email ke nurfarha.muhamadkhalit@gmail.com atau Whatsapps ke 0122438219.  InsyaAllah saya akan cuba untuk membantu anda.
Berfikir positif & senyumlah selalu.

Popia Seaweed

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Minggu lepas dapat produk baru popia seaweed (rumpai laut). Pertama kali cuba terus terpikat. Tidak boleh berhenti mengunyah. Sudah jadi ketagih pula. Ada 2 perasa iaitu original & hot spicy.
Lalu saya pun tolong juga untuk jual. Tidak rugi anda membeli. Satu balang lebih kurang 150gm harga RM20 sahaja. Setakat ini hanya COD sahaja area Johor Bahru untuk 5 balang ke atas.
Popia Seaweed Original & Hot Spicy
Popia Seaweed Original

Untuk mereka yang berminat boleh hubungi saya melalui sms atau Whatsapps ke 0122438219.  Boleh juga mengisi borang di laman blog ini.

Saturday 28 June 2014

Koleksi Marsya & Hannah

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Alhamdulillah sampai ke bulan Ramadhan. Selamat menjalani ibadah di bulan mulia ini. Masa inlah peluang untuk berniaga pun semakin banyak. Ramai yang mencari makanan, pakaian & kelengkapan untuk beraya.
Saya pun sudah ada projek baru. Saya bekerjasama dengan sahabat saya untuk mencuba pasaran baju jubah & blause dengan satu kiosk menjualnya. Rasa bersyukur sebab pemilik itu hendak bekerjasama. Kami akan mengambil komisyen jualan & bagi pihaknya jualan meningkat. Kalau dalam bahasa Inggeris 'win-win situation'. Niat saling membantu. InsyaAllah baju ini menarik. Kalau rangkaian jubah kami namakan koleksi Marsya kalau blouse kami namakan koleksi Hannah.


Harga sepasang termasuk kos penghantaran sekarang hanyalah RM80. Untuk promosi sehingga 3hb Julai untuk 2 pasang hanya RM 150. 
Boleh hubungi saya menerusi sms atau Whatsapps ke talian 0122438219. 


Friday 27 June 2014

Perlunya Ilmu

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Semalam tak berkesempatan untuk kemaskini blog. Rasa ralat sebab setiap hari mesti says tidak lepaskan peluang untuk kemaskini. Sibuk melayan adik yang datang bertandang ke rumah. Esok sudah mula berpuasa.
Ramai yang hendak mula mencari pendapatan sampingan tetapi tidak tahu di mana. Saya sarankan mari sertai kamu di Akademi Bekerja Di Rumah. Mengapa saya sarankan? Sebenarnya di sinilah saya bermula dengan serius.  Belajar dari kosong & kurang ilmu berniaga atas talian.
Sebenarnya ramai di kalangan peserta ABDR ini orang yang hebat. Jika saya baca pengenalan diri mereka amat jauh berpengalaman daripada saya. Ada yang sudah berniaga Shaklee, Tupperware, Zhulian, Elken, tudung, telekung,  butik dan pelbagai lagi. Walaupun hebat mereka tetap ingin menimba ilmu blog sebagai salah satu medium pemasaran mereka. Selain pemasaran blog juga adalah tempat mereka berkongsi ilmu. Malah ada yang menyertai bukan kerana ingin berniaga tetapi mengisi masa lapang untuk menambah ilmu serta ingin menggunakan blog untuk mencurahkan kepakaran mereka.
Berfikir positif & senyumlah selalu.

Thursday 26 June 2014

Rizky's Shop

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Sudah lewat malam, Afeeq & Marsya telah tidur. Kebetulan adik saya membawa komputer riba jadi saya ambil kesempatan untuk menggunakannya. Setakat ini saya hanya menggunakan telefon pintar sahaja. Komputer riba saya sudah lama rosak. Sedang diusahakan untuk membeli yang baru. Pelaburan jangkamasa panjang. Insya Allah semoga ada rezekinya.
Saya sedang mencari bahan untuk Rizky's Shop. Kenapa saya namakan Rizky? Nama ini adalah trademark anak-anak saya. Memang sudah niat & semoga satu hari inilah jenam yang akan dibawa.Saya ingin pelbagaikan barang. Namun hampa kerana tiada yang berkenan. Hendak buat dropship untuk tudung atau baju kanak-kanak sebenarnya. Mencari kesempatan hendak beraya ini mendapat duit sampingan. Saya mahu mencari syarikat atau pengeluar yang boleh dipercayai kerana risau ditipu atau bahan yang dijual tidak berkualiti.
Tempahan kuih raya pun saya akan tutup minggu ini. Setakat ini mungkin tolong sahabat mempromosikan kuih rayanya & hamper. Saya juga tengah mencari peluang lain selepas kuih raya ini. Tahun depan bercadang untuk membuat sendiri biskut raya. Dalam kepala hendak buat biskut makmur inti kurma. Jauh pula fikiran sehingga tahun akan datang.
Dalam perjalanan bisnes online yang saya ceburi hampir 2 bulan ini pelbagai perkara yang saya belajar. Ada juga masalah timbul tetapi inilah cabaran jika tidak saya tidak belajar.
Berfikir positif & senyumlah selalu.

Felinna Beauty Body Lotion Plus- Hari Pertama

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Semangat berkobar-kobar hendak cuba Felinna Beauty Body Lotion Plus.  Tadi selepas mandi terus sapu.
Pengalaman dahulu menggunakan losyen untuk pelangsingan ini memang asa perbezaan. Saya pernah mencuba 3 jenama sebelum ini. Rasa terlalu panas, pijar sehingga terasa semacam mengigit kulit. Pakai sekali dua sahaja tidak tahan. Membazir sahaja membeli. Semasa melahirkan Afeeq dulu pun tidak boleh guna disebabkan menyusu badan. Risau nanti Afeeq terasa pijar.
Hari ini saya telah mencuba Felinna Beauty Body Lotion Plus sebanyak 2 kali selepas mandi pagi & petang. Masa picit baunya wangi. Saya sapu & urut melawan jam di sekitar perut, pinggang & punggung.  Rasa panas itu tidak terus tetapi lama kelamaan akan meningkat. Rasa panasnya sederhana.  Losyennya juga terus meresap & tidak meninggalkan kesan berminyak. Jadi saya akan terus menggunakan seminggu & mengukur ukurlilit pinggang saya nanti. Jadi kita tunggu seminggu lagi.

Untuk mereka yang ingin mencuba bolehlah membuat pesanan melalui saya.
Boleh PM di Facebook Nur Farha Muhamad Khalit atau boleh mengisi borang di blog ini dan jiga boleh menghantar sms atau Whatsapps ke nombor 0122438219.

Wednesday 25 June 2014

Felinna Body Lotion Plus

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Saya hendak mencuba menggunakan Felinna Lotion Plus ini. Maklumlah perut sendiri pun buncit jadi sambil promosi saya pun akan cuba pakai & dari hari ke hari saya akan update kesan & apa kandungan dalam losyen ini.
Jadi untuk permulaan saya sudah mengambil ukuran pinggang saya. Ukurannya adalah 34.7 inci. Memang sudah membesar. Dahulu cuma 30 inci. Jadi cabarannya adalah untuk jadi kurang daripada 30 inci.
Jadi mari kita lihat apa perubahan menggunakan losyen ini. Tetimoni pun sudah ramai tetapi paling baik saya guna dahulu. 
Misi mengurangkan ukurlilit pinggang akan saya mulakan. Matlamat saya hendak memakai semula seluar lama saya. 
Kalau ada yang hendak mencuba mengikut cabaran ini mari beli losyen ini & cuba dapatkab pinggang idaman semasa raya nanti.
Harga untuk 1 botol Felinna Beauty Body Lotion Plus 180g adalah RM 85. Boleh isi borang tempahan di blog saya atau boleh SMS atau Whatapps di nombor 0122438219. 


Felinna Beauty Hygienic Foam

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Saya adalah pengedar sah Felinna Beauty. Bermula dengan projek raya Felinna saya telah dibekalkan kit pemasaran. Salah satu dalam kit itu adalah Felinna Beauty Hygienic Foam. Sebagai langkah awal saya cuba dahulu.
Saya kebetulan tengah datang haid jadi sesuai memakai. Pertama kali pakai rasa berangin & harum. Picit sedikit sahaja buih sudah banyak. Rasa selesa selepas pakai sebab biasa datang bulan ini macam rasa kurang selesa & bau darah haid. Ini setiap kali ke tandas pasti tidak ketinggalan menggunakannya.


Harga satu botol 50ml RM 35. Kalau hendak mencuba bolehlah PM saya di Facebook saya Nur Farha Muhamad Khalit atau SMS/Whatapps ke nombor 0122438219. Anda juga boleh mengisi borang tempahan di blog ini.

Tuesday 24 June 2014

Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Alhamdulillah hujan pagi ini. Baru menghantar Afeeq & Marsya ke taska. Hari itu ada seorang bertanya mengenai kelas mula bisnes. Dia melihat saya aktif mempromosi jadi dia sangka saya sudah surirumah sepenuh masa. Saya mengatakan setakat ini saya hanya buat secara sambilan. Niat untuk sepenuh masa memang ada kerana matlamat untuk menjadi WAHM itu memang sudah tersemat. Dia mengatakan susah jika hendak buat sambilan & bekerja. Saya mengatakan jika kita mahu InsyaAllah ada caranya. Oleh itu saya berkongsi sedikit apa yang saya buat.
Saya bekerja shif oleh itu seminggu pagi & seminggu petang.  Kadang kala shif pun bertukar kerana menampung kekurangan kakitangan.  Jadi rutin saya akan berubah mengikut shif saya. Jika saya shif pagi, sambil saya menyiapkan bekalan anak saya mula mempromosikan kelas & produk. Saya akan tiba awal di tempat kerja sementara menunggu waktu hendak masuk itu saya peruntukan 15 minit untuk kemaskini blog atau FB. Selepas itu saya akan masuk kerja. Kalau ada yang memberikan maklumbalas atas promosi saya atau bertanya biasanya saya akan minta mereka melihat dulu blog saya & memberikan link untuk mereka. Nanti pada waktu rehat saya akan cuba balas sebaik mungkin. Jika tidak sempat biasanya sewaktu balik kerja saya akan hubungi mereka semula. Pada waktu malam sambil melayan anak-anak saya mengemaskini FB & promosikan lagi.
Jika shif petang itu kelebihan kerana masa saya panjang & saya gunakan sebaik mungkin 3 jam untuk mempromosi & mengemaskini serta dokumentasi. Ini kerana bila pulang ke rumah biasanya sudah lewat malam. Jadi waktu malam saya agak terhad.
Memang masa itu agak terhad kerana saya mempunyai pekerjaan tetap namun saya gagahkan juga untuk merancang & mencuri masa. Di sinilah saya belajar untuk menguruskan masa saya & paling penting semasa anak-anak masih tidur saya akan selesaikan kerja rumah. Jika hendak dibandingkan dulu saya kurang menjaga masa. Masa saya terbuang dengan terlalu banyak rehat. Namun sekarang ada sahaja yang saya perlu lakukan.
Saya bukanlah yang terbaik tetapi mahu jadi yang terbaik. Setelah yakin dengan matlamat saya, saya bergaul dengan mereka yang telah berjaya dalam dunia perniagaan & sebagai WAHM.  Mereka adalah sumber inspirasi.  Ini kerana sebelum mereka mencapai kejayaan pelbagi cabaran yang mereka hadapi untuk sampai ke tahap mereka sekarang. Saya belajar secara tidak langsung daripada mereka.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kita tidak boleh keseorangan dalam mencapai matlamat kita. Kita perlu bekerja berjemaah & dalam pasukan supaya semangat kita tidak luntur. Marilah bersama kami di Akademi Bekerja Di Rumah untuk menimba ilmu & belajar. Kami tidak menjanjikan pulangan permulaan yang lumayan tetapi ilmu & semangat yang lebih berharga. Belajar untuk mendapatkan apa yang boleh & tingkatkan dari hari ke hari.
Berfikir positif & senyumlah selalu.

Monday 23 June 2014

Berhenti & Berfikir Sejenak

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Sekarang sedang rancak diperkatakan mengenai seorang anak OKU yang dikurung oleh ibunya & kondisi menyayat hati. Pelbagai spekulasi & berita yang tidak diketahui sah atau tidak. Malah ramai yang melabel ibunya.
Pada saya jika kita tidak tahu hal sebenar sebaiknya kita diam & perhatikan sahaja.  Sebaliknya periksa diri kita.  Jika kita seorang majikan atau pekerja adakah ada kalangan pekerja kita di kategori OKU atau anak-anak mereka OKU. Adakah kita adil kepada mereka? Adakah kemudahan untuk mereka?
Kes sebegini sebenarnya wake up call untuk menyedarkan semua orang bagaimana situasi atau kemudahan yang ada untuk golongan ini. Pihak berkuasa perlu melihat & memperbaiki kemudahan untuk golongan  istimewa ini.
Kita juga sebagai orang awam perlulah sama-sama membantu dan menyalurkan idea yang membina untuk kemudahan mereka. Kadangkala kesal melihat orang sempurna menggunakan kemudahan golongan OKU ini sebagai contoh tempat letak kereta khas untuk OKU.
Sekarang masanya bukan untuk menunding jari tetapi mencari jalan untuk sama-sama membantu membangunkan kemudahan untuk golongan ini.
Berfikir positif & senyumlah selalu.

Sunday 22 June 2014

Mana Barang Saya?

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Dua hari lepas saya menelefon salah seorang pelanggan yang telah membeli baju. Malangnya dia belum lagi mendapat bajunya. Lalu saya hairan kerana di hari yang sama saya ada seorang pelanggan sudah pun mendapat baju. Lalu saya pun menghubungi pihak pengeluar.  Pihak pengeluar memeriksa nombor untuk bungkusan itu da bungkusan itu telah pun dihantar tetapi pelanggan tiada.
Kemudiam saya mendapatkan pelanggan saya untuk memberi maklumbalas. Lalu pelanggan pun mengatakan bahawa alamat yang diberikan itu adalah alamat kedai mana mugkin tiada orang malah tiada pun ditinggalkan nota untuk mengambil bungkusan. Ini kes pertama saya & saya kurang pasti bagaimana untuk menyelesaikannya. Saya bertanya kepada pihak pengeluar tentang cara bagaimana mengatasinya. Mungkin dia pernah mengalami pengalaman begini. Menurutnya memang pernah pelanggannya tidak dapat baju kerana masalah di pihak yang penghantaran. Malah tidak dipulangkan kembali kepada pihaknya. Maklum sahajalah kadang kala ada yang tidak amanah menjalankan tugas.
Lalu dia pun cuba mendapatkan pihak syarikat penghantaran. Maklumbalas yang didapati dibahagian penerimaan tiada nama penerima. Lalu akan dikembalikan kepada pemberi. Agak hairan kerana bila diperiksa pada slip yang disimpan pihak pengeluar sudah jelas & nyata nama penerimanya. Lalu pihak pengeluar membuat aduan kepada syarikat penghantaran mengenai masalah ini.
Inilah pengalaman yang paling berharga buat saya. Barulah saya tahu sebenarnya ada juga kes-kes sebegini berlaku. Apa yang penting kita mesti menyimpan dokumen yang berkaitan & jika ada masalah ke mana perlu dirujuk & diadukan.
Paling utama kita mestilah menghubungi pelanggan kita untuk memastikan mereka dapat yang yang mereka beli. Apa jadi dengan kes di atas? Pihak pengeluar akan membuat penghantaran kali kedua. InsyaAllah pelanggan akan dapat minggu ini.
Berfikir positif & senyumlah selalu.

Saturday 21 June 2014

Pelanggan Diutamakan

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Sudah masuk 8 tahun di bidang jualan. Perkara yang paling penting adalah pelanggan. Mana-mana syarikat jualan akan meletakkan pelanggan dahulu & pelanggan sentiasa betul (customer is always right). Namun ada kalanya kesalahan adalah dari pihak pelanggan. Bagaimana untuk kita menguruskan hal demikian?
1. Apabila menyedari masalah disebabkan pelanggan janganlah menunding jari kepada mereka.
2. Walaupun mungkin anda marah dengan situasi itu jangan sekali-kali meninggikan suara. Layan mereka dengan baik.
3. Selesaikan masalah tanpa merumitkan lagi mereka. Permudahkan penyelesaian bagi pelanggan anda. Semakin anda merumitkan penyelesaian, semakin rumit nanti keadaannya malah ini meyebabkan pelanggan anda hilang rasa boleh percaya kepada anda.Kemungkinan ada penyelesaian melibatkan kerugian contohnya menggantikan barang tetapi mungkin pelanggan itu akan melihat keikhlasan anda membantunya. Siapa tahu inilah yang akan jadi pelanggan setia anda.
Dalam dunia jualan adalah perkara biasa untuk perkara ini berlaku namun kita kena bijak menguruskan situasi ini. Jika anda berjaya menyelesaikannya ia akan menjadi panduan kepada anda jika masalah yang sama berulang.
Selamat mencuba & senyumlah selalu.

Friday 20 June 2014

Pentingnya Aura Positif

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Tidak lama lagi saya akan menutup tempahan kuih raya. Pengeluar hanya akan membuka tempahan sehingga minggu pertama puasa. Maklum sahajalah takut tidak sempat untuk disiapkan & sampai kepada pelanggan.
Alhamdulililah banyak juga tempahan walaupun ini pertama kali saya buat jualan. InsyaAllah tahun hadapan saya akan cari pengeluar lain untuk mempelbagaikan lagi jenis kuih raya. Perancangan untuk memperkenalkan kuih sendiri pun ada juga.
Sekarang terfikir apa yang hendak buat tambahan untuk berniaga selain produk akademi. Terbaru ada satu quotation untuk power bank. Ada yang ingin membekalkan setelah melihat kesungguhan saya mempromosikan barang di Facebook. InsyaAllah saya ingi mencuba.
Saya pun bertanya pada seorang sahabat yang sama-sama berjualan apa yang hendak kami usahakan selepas raya nanti. Dia menjawab nanti kami kena cuba tengok apa peluang yang terbuka.
Saya rasa bersyukur di kelilingi sahabat-sahabat yang positif.  Tenaga positif mereka secara tidak langsung meresap ke dalam diri ini.
Di akademi juga sahabat yang ada bersemangat setiap hari dengan bantuan pengasas & guru-guru online. Banyak nasihat & kata-kata semangat bukan sahaja untuk kehidupan duniawi tetapi di akhirat nanti.
Kenapa pentingnya sahabat-sahabat positif di keliling kita? Sebab aura mereka akan memberikan kuasa & semangat untuk membuat tugasan. Saling ingat mengingati antara satu sama lain. Paling penting tiada rasa dengki atau rasa ingin mengkhianati walaupun menjual produk yang sama. Semangat ingin berjaya bersama-sama itu pentinh malah perlu bersangka baik atas kelebihan orang lain. Jika diri saya seperti kurang jualan saya akan melihat kembali apa kesalahan saya. Mungkin saya lalai mempromosi atau niat saya salah atau hubungan denganNya saya todak jaga. Kegagalan itu adalah penting sebab kita belajar kenapa begitu & lebih berhati-hati tidak mengulangi kesalahan yang sama. Dari kegagalan kita bangun dan membina semula. Sikap putus asa sepatutnya dihapuskan dalam kamus hidup kita untuk terus maju ke hadapan.
Semoga Allah merahmati mereka di sekeliling saya. Limpahkan rezeki kepada mereka.
Berfikir positif & senyumlah selalu.

Thursday 19 June 2014

Tambah Kualiti Makanan Anda

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum

Tiba-tiba di dapur tadi masak menggoreng cucur ikan bilis ditambah oat rasa nak kongsi di entri blog. Oat ini banyak kebihan selain dari mengurangkan sembelit ia boleh dijadikan salah satu daripada proses untuk menguruskan badan kerana oat ni mengenyangkan. Bila fikir oat mesti terbayang minuman oat.
Sebenarnya kita boleh pelbagaikan. Contohnya cucur ikan bilis campur dengan oat atau lempeng diletak oat. Maklumlah orang melayu memang gemar cucur & lemping ini, oleh itu tambah nilai kualiti makanan kita. Anda akan cepat kenyang sebenarnya jika dibandingkan yang tidak ditambah oat.
Sebenarnya kita boleh makan secara sihat cuma cara kita itu perlu dipelbagaikan & kena fikirkan cara untuk menambah nilai makanan kita. Contohnya telur dadar ditambah dengan sayur seperti lobak atau kacang hijau. Kadangkala susah untuk anak-anak makan sayur jika mereka melihat di atas pinggan. Cuba sembunyikan dalam makanan. Contact cucur atau lempeng ditambah sayur. Atau biskut dibakar dengan kismis atau kurma di dalamnya.
Selamat mencuba & senyumlah selalu.

Puasa

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas & menikmati hidup di dunia ini. Agak kepenatan minggu ini. Ada hal penting diuruskan di Kuala Lumpur. Sambil menyelam minum air bawa sekali kuih raya buat sampel. Paling baru batang buruk. Seorang kawan inginkan bantuan untuk menjual produknya kerana dia kesuntukan masa. Jadi saya pun menolongnya.
Minggu depan sudah bermulanya Ramadhan. Seronok rasanya. Kali ini hendak manfaatkan sebaiknya. Insya Allah jika diberikan keizinanNya.
Berpuasa adalah salah satu proses detoksifikasi juga. Malah puasa dapat merehatkan sistem pencernaan kita. Namun tidaklah dianggap proses detoks & merehatkan pencernaan sekiranya kita tidak mengawal pemakanan kita dengab baik terutama sewaktu berbuka puasa. Oleh kerana tidak mengawal makan bulan puasa ada yang berat badannya meningkat.
Paling penting sebenarnya adalah masa sahur. Ini kerana sahur membekalkan tenaga sepanjang hari kita berpuasa. Seolah-olah seperti kita bersarapan.
Semasa berbuka pula perlulah berhati-hati dengan pengambilan makanan anda. Pilihlah makanan yang seimbang. Elakkan terlalu berminyak. Paling penting kebersihan makanan. Maklum sahajalah, di bulan puasa ini banyak bazaar Ramadhan. Lihat dahulu gerai jualan itu sebelum membeli. Kebersihan makanan penting bagi mengelakkan keracunan makanan. Bila di bazaar nafsu membeli itu perlulah dikawal.  Elakkan berlaku pembaziran. Peringatan untuk diri sendiri juga.
Berfikir positif & senyumlah selalu.

Wednesday 18 June 2014

Rezeki Di Kala Tidur

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Alhamdulillah, rasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Memang perniagaan online ni tidak mengira waktu.  Kadangkala menjelang tengah malam pun ada yang masukkan duit. Dulu saya tidak pernah terfikir untuk membuat perniagaan atas talian. Saya hanya jadi pemerhati sahaja. Tetapi sekarang saya menjadi salah seorang yang aktif memuat turunkan barangan serta kelas yang ditawarkan.
Sebenarnya untuk memulakan amat sukar tetapi lama kelamaan ia akan menjadi mudah. Setiap hari adalah cabaran untuk diri saya mencari pelanggan & berurusan dengan mereka. Paling baik adalah saya dapat mengeratkan kembali silaturahim dengan sahabat lama & keluarga jauh.
Setiap perkara ada baik buruknya. Namun saya sentiasa bersangka baik & berfikiran terbuka. Semoga Allah memakbulkan doa saya menjadi WAHM sepenuh masa.
Berfikir positif & senyumlah selalu.

Baju Menyusu

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Hari ini tidak kesempatan hendak menulis entri.  Jadi mari lihat koleksi pakaian menyusu dari An Nour.



Baju muslimah daripada kain kapas, tidak panas & mudah serao peluh. Harga RM65 dan bagi saiz XXL RM68.
Untuk pertanyaan atau tempahan boleh dibuat melalui saya di FB Nur Farha Muhamad Khalit atau talian 0122438219. 

Monday 16 June 2014

Perlukah Tidak Makan Untuk Kurus?

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum,
Situasi 1:
S:Kenapa tidak makan tengahari.
J:Saya dietlah. Sudah gemuk rasa badan ini.

Situasi 2 :
Laparlah tetapi nanti makan malam gemuk. Tak payah makan.

Kebanyakan orang sekarang tidak mahu makan atau skip meal di sebabkan hendak kuruskan badan. Ada yang takut gemuk kerana imej dan ada yang mahu kurangkan risiko penyakit. Tetapi sebenarnya tidak makan akan menyebabkan berat badan anda lagi meningkat.
Anda perlu mengambil 3 waktu makan asa iaitu sarapan, makan tengahari & makan malam. Ini adalah waktu penting untuk kita makan. Ini kerana jika anda mengelak salah 1 daripada 3 waktu ini, anda akan cenderung untuk makan lebih banyak pada waktu berikutnya. Contohnya anda tidak makan tengahari anda akan rasa terlalu lapar & akan makan banyak di waktu makan malam. Sedangkan pada waktu makan malam anda harus mengelakkab hidangan makanan yang banyak kerana sudah bersedia untuk tidur. Begitu juga jika anda tidak makan malam. Tidur dalam kelaparan. Anda akan ambil sarapan dengan banyak.
Kadar metabolisme juga semakin menurun & tidak konsisten jika anda mengelak makan. Ini akan menyebabkan berat badan anda tidak stabil & akan meningkat.
Oleh itu anda perlu makan mengikut jadual pemakanan & jika ingin menurunkan berat badan anda perlu melihat makanan yang anda ambil.
Saya akan kongsikan tips mudah untuk mengurangkan berat badan di entri akan datang.
Selamat mencuba & senyumlah selalu.

Pengenalan ABDR

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit
Sumber: akademibekerjadirumah.blogspot.com

Assalamualaikum
Ada yang masih tertanya-tanya apakah Akademi Bekerja Di Rumah.  Di sini saya kongsikan dengan anda diambil dari blog ABDR.

Apakah Tujuan Penubuhan ABDR?

ABDR ditubuhkan untuk memberi peluang kepada semua yang berhasrat untuk bekerja dari rumah. Tak kiralah samada sepenuh masa atau separuh masa (iaitu yang masih bekerja).



Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menawarkan:


1. Kelas Online Asas Bina Blog Penulisan:

Belajar menulis cara santai tetapi masih mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ia adalah salah satu cara menarik minat pembaca agar suka baca dan bertandang ke blog kita. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai Blogger di akademi kami yang kini sudah mencecah 700 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Juga belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tetapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk menyertai kelas ini.



2. Kelas Online Asas Blog dan Fanpage Mula Bisnes:

Bagi yang mahu memulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tetapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma iaitu blog, fanpage dan facebook. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis secara konsisten, membuat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, membuat fanpage dan juga belajar membuat pautan antara blog untuk aliran trafik.



3. Kelas Beriklan di mudah.my:

mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.



4. Kelas Penulisan Kreatif:

 Bagi yang bercita-cita untuk menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.


5. Rakan Niaga / Pengurus Online Akademi:

 Kami membuka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.


6. Kelas Urusniaga Akaun Bisnes Kecil WAHM SOHO:

Bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.


Sahabat-sahabat boleh pilih pakej yang bersesuaian dengan minat dan potensi kalian.



FAQ mengenai ABDR


1. Bagaimana kelas ini dijalankan?
- Kelas berbentuk tutorial ini dijalankan sepenuhnya secara online.

- Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook Belajar Asas Blog.

- Protege akan dimasukkan dalam Group Kelas di Facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui PM di Facebook atau Group Kelas.

- Nota dan tuturial bergambar disediakan di dalam Group Kelas tersebut.


2. Bagaimana dengan Jadual kelas?

Jadua kelas adalah fleksibel, mengikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di Facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya serta berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.


3. Apakah Tugasan yang perlu dibuat?

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.


4. Di Mana Kelas Ini Diadakan?Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.


5. Saya bekerja tak ada masa...

Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.


 6. Saya tak ada produk.

Produk kami sediakan. Anda boleh jadi Rakan Niaga Akademi. Jika sudah ada produk lagi ok, boleh teruskan menjual produk yang anda sedang dan/atau akan jalankan.


7. Berapa lama boleh pandai?

Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat atau lambat adalah bergantung kepada protege itu sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, Facebook dan Fanpage untuk menjana pendapatan pula.


8. Apa lagi yang kami dapat?

Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.


9. Siapa digalakkan menyertai ABDR?

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online atau masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakannya. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-lukan penyertaan untuk kaum adam.


10. Apakah ‘value-added’ yang anda akan perolehi?

Kami akan kongsikan tips, tunjuk ajar, panduan dan kumpulan sokongan untuk sama-sama berjaya mencapai matlamat masing-masing menyertai akademi ini.


Sekiranya rakan-rakan berminat untuk menjadi sebahagian daripada kami, bolehlah hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.


Masker Yang Boleh Diambil Di Dapur

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum,
Melihat muka kusam rasa seperti perlu biat sesuatu. Sudah skrub muka hendak pakai masker tetapi tiada stok. Mari cuba gunakan apa yang ada dalam peti sejuk anda.
1. Putih telur boleh diguna terus atau anda gunakan tisu untuk buat seperti topeng. Jika anda menggunakan tisu secara todak langsung akan menarik bintik putih & hitam yang ada. Anda juga akan rasa kulit menjadi tegang.
2. Tomato juga boleh digunakan. Hanya belah dua, sebelah disapukan pada wajah anda & sebelah lagi anda boleh makan.
3. Limau nipis dicampurkan dengan tepung jagung juga boleh digunakan. Limau nipis bertindak sebagai antiseptik & juga booleh mengecilkan pori.
4. Beras dicampur limau & tepung jagung juga boleh digunakan. Gabungan ini akan mengembalikan keayuan anda.
Selamat mencuba & senyumlah selalu.

Tanyalah Yang Pakar

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum,
Sepanjang saya bekerja dalam bidang jualan berkaitan farmasi & kesihatan, ada suatu perkara yang membimbangkan iaitu pelanggan mengambil ubatan disebabkan saranan rakan atau keluarga yang tidak mempunyai atau mendalami ilmu ubatan. Ada yang mengikut sahaja apa yang dibeli orang lain kerana ubat itu berkesan kepada orang itu.
Setiap manusia mempunyai penerimaan ubatan yang berlainan malah perlu diambilkira jika ada mengamalkan makanan tambahan atau ubatan lain. Ini ditakuti interaksi antara bahan yang ada boleh menyebabkan alahan atau masalah lain dan lebih teruk boleh menyebabkan komplikasi yang membahayakan nyawa anda. Tidak semestinya ubat orang lain sesuai dengan anda.
Jika anda ingin mengambil ubatan silalah bertanya kepada ahli farmasi atau doktor anda. Ini kerana mereka boleh menyarankan kepada anda apa yang sesuai dengan anda.
Berfikir positif & senyumlah selalu

Saturday 14 June 2014

Mencari Pengalaman

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai satu transaksi baju muslimah pagi ini. Ini sambil sarapan sambil update blog sementara Marsya tidur lagi. Afeeq sudah pun daddynya hantar ke taska. Ini pun sebentar lagi hendak bersiap ke tempat kerja. Bila ada anak kecil ini semua kerja kena multitasking dalam satu masa. Kalau tidak mesti tertangguh.
Ada sahabat tanya kenapa saya menjual banyak barang sekarang. Malah ada yang bertanya apa lagi hendak saya jual lagi.Saya tidak tamak sebenarnya saya menguji pasaran yang ada. Saya mengambil 1 pengusaha setiap kategori yang sebelum ini memang saya berminat antaranya pakaian, makanan & produk kecantikan. Lagipun saya hanya buat dropship jadi tidak rugi apa pun.
Paling penting saya kena konsisten untuk mempromosikan semua yang ada. Bukan mudah sebenarnya. Saya terikat dengan perjanjian dropship juga. Jika tidak ada jualan atau promosi selama masa tertentu saya akan ditamatkan daripada menjadi agen. Mereka juga ingin agen yang komited.
Ada masa ke kak? Itu satu lagi soalan. InsyaAllah kalau kita adakan, adalah masanya. Kenalah berkorban untuk berjaya.
Semoga saya akan terus berusaha mencapai matlamat saya untuk menjadi WAHM sepenuh masa.
Berfikir positif & senyumlah selalu.


Friday 13 June 2014

Produk Baru

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Bagaimana hari anda? Semoga anda bersemangat memulakan hari anda. Alhamdulillah saya rasa bersemangat hari ini. Moga hari-hari mendatang semangat saya semakin meningkat.
Sejak saya menetapkan matlamat untuk menjadi WHAM sepenuh masa dalam masa 4 tahun lagi, kepala saya ini sentiasa mencari benda baru. Selepas menyertai ABDR, menjadi titik mula, sekarang saya cuba mencari sumber lain untuk menguji pasaran saya. Minggu lepas saya telah menghantar 2 permohonan untuk melakukan dropship. Alhamdulillah saya dapat kepercayaan dari Puan Nour Ramli pengusaha baju muslimah mendaftar sebagai agen dropshipnya.

Saya merasakan tidak rugi untuk mencuba. Tambahan lagi selepas belajar membuat blog, saya boleh manfaatkan untuk mempromosikan barangan jualan saya. Hari pertama saya melakukan promosi sudah ada yang membeli. Saya bersyukur sangat.
Selepas ini ada satu lagi dalam perancangan saya tetapi saya tengah fikirkan prosedurnya kerana melibatkan makanan sejukbeku. Agak merisaukan juga sebab ini bukan makanan kering, penjagaan suhu amat penting supaya tidak rosak. 
Saya perlu memikirkan perkara baru untuk dipromosikan tetapi bersesuaian & ada hadnya. Nanti ada pula yang tidak terbuat. Saya merancang minggu depan untuk menjadualkan semula jadual saya. Saya perlu melakukan sistem dokumentasi & perancangan yang tersusun supaya saya tidak kelam kabut. Saya juga merancang mengadakan sistem fail untuk memudahkan saya. Selepas belajar dengan ABDR agak teratur sedikit. Semua sudah ada di blog. Jadi saya pelanggan saya menggunakan borang tempahan yang sedia ada tidak kira apa produk yang mereka inginkan. Tidak rugi saya mengeluarkan sedikit modal untuk belajar dengan ABDR. Sekurang-kurangnya sudah ada asas untuj bermula & pergi lebih jauh.
InsyaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Berfikirlah positif & senyumlah selalu. 


Thursday 12 June 2014

Pengurusan Masa

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Hari ini saya ke oulet lain untuk menampung kekurangan kakitangan. Sekali sekala ada peluang untuk bertukar angin dapat ambil pengalaman di oulet lain. Saya tiba awal sejam. Sementara itu kemaskini & bersarapan di dalam kereta. Saya bertolak awal kerana risau lambat. Kalau pergi kerja atau bertemujanji dengan orang lain pun saya akan sampai awal setengah jam. Ayah saya mengajar kita perlu menepati masa & sampai awal sebelum waktunya. Alhamdulillah saya amalkan & semoga saya istiqomah mengamalkannya.
Pengurusan masa amat penting. Saya selalu menegur pekerja saya jika mereka lewat. Selalunya mesti alasan terlewat bangun. Kadangkala ada yang bangun 8.30 pagi setiap hari walaupun waktu masuk kerja 9.00pagi. Sudah jadi tabiat. Kadang kala ada antara mereka yang tidur lewat melayari internet. Itulah penyebab mereka terlajak tidur. Kebanyakan pekerja saya bujang jadi tiada alasan untuk mereka lewat kerana hanya menguruskan diri sendiri.
Saya menekankan kepada mereka pengurusan masa amat penting terutama jika ingin pergi jauh dalam pekerjaan. Tiada majikan yang mahukan pekerja yang datang lewat & tidak menepati masa. Mereka juga perlu ubah tabiat bangun lewat & tiba betul-betul pada waktunya. Mereka perlu ada sengang masa paling minimum 15 minit sebelum masuk kerja. Manalah tahu ada perkara yang tidak diingini berlaku contohnya kesesakan trafik atau sebagainya.
Alhamdulillah ada antara mereka yang berubah tetapi ada yang masih perlu diingatkan juga.
Masa itu adalah amat berharga jika kita sebenarnya jika kita bijak mengurus masa tiada istilah tiada masa dalam hidup kita.

Berfikirlah positif & senyumlah selalu.

Wednesday 11 June 2014

Hormati Guru Anda.

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Saya baru sahaja menghantar Afeeq & Marsya ke taska. Di masa menghantar saya teringat waktu saya menjadi guru sandaran dahulu di sekolah saya sendiri. Sekolah itu memang terkenal dengan rekod buruk sewaktu itu.  Ramai pelajarnya terlibat dengan pelbagai masalah displin seperti ponteng, bergaduh, lewat masuk kelas & pelbagai lagi.
Sewaktu berstatus pelajar di sekolah itu saya di kelas sains tulen. Pelajar melayu agak kurang di kelas sains tulen. Boleh dikira. Saya bergaul dengan semua orang tidak kira yang ada masalah pun saya tetap berkawan. Berkawan tidak salah asalkan kita ada pendirian & tidak terjebak sama.
Saya pernah belajar bersama dengan mereka di kelas yang bawah. Saya hairan mengapa soalan matematik SPM yanga asas pun mereka tidak tahu hendak selesaikan. Saya pun beranikan diri bertanya. Lalu mereka menjawab cikgu tidak mengajar mereka. Pada masa itu saya agak marah mengapa ada cikgu seperti itu.
Selang setahun saya habis belajar di matrikulasi, saya dipanggil oleh cikgu biologi saya untuk menjadi guru sementara menggantikan seorang cikgu yang cuti bersalin. Pada masa itulah saya tahu jawapan mengapa ada cikgu bersikap demikian. Ini kerana pelajar sudah hilang hormat pada cikgu mereka. Bayangkan di dalam kelas saya terpaksa menjerit untuk mengajar kerana ada di kalangan pelajar yang boleh bersembang lagi walaupun berulang kali ditegur. Sampai suatu ketika saya mengajar dengan suara yang perlahan untuk melihat reaksi mereka. Cuba teka apa terjadi? Mereka senyap mungkin hairan mengapa saya bertindak sedemikian. Tetapi selepas itu bersembang semula. Paling saya kasihankan adalah pelajar yang ingin belajar, terganggu disebabkan sikap tidak bertanggungjawab rakan yang lain.
Pernah suatu ketika seorang cikgu masuk ke bilik guru menangis.  Lalu saya bertanya mengapa, rupanya ada seorang pelajar boleh menerjah guru tersebut & mempermainkannya. Lalu guru itu dijadikan bahan gurauan.
Sebulan sahaja saya menjadi guru. Hari terakhir saya adalah pada tanggal 16 Mei iaitu Hari Guru. Saya tidak sangka ada akan mendapat hadiah, maklumlah baru sebulan. Rupanya ada juga yang memberikan hadiah. Mereka tersentuh dengan saya. Saya pernah membuat 1 sesi hati ke hati. Ala-ala motivasi begitu yang cuba bayangkan ibu melahirkan & bagaimana ayah menyara keluarga. Niat sya untuk menyedarkan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh. Alhamdulillah ada yang terasa di hati mereka & mengalirkan air mata. Tetapi yang menghairankan ada pula yang boleh tertawa. Lalu saya selidiki mengapa ada yang tidak endah. Jawapannya ada antara mereka yang daripada keluarga yang bermasalah.  Mereka sudah hilang rasa hormat kepada ibu bapa mereka sendiri. Hendak menyalahkan pelajar pun rasa tidak boleh. Ibu bapa memainkan peranan dalam mendidik anak-anak dari rumah.
Bila terfikir perkara ini, ia jadi pengajaran buat diri saya untuk mendidik & mengasuh anak-anak untuk menghormati orang lain terutama mereka yang memberikan ilmu kepada mereka.

Berfikir positif & senyumlah selalu.

Tuesday 10 June 2014

Anak Kecil

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Belum berkempatan menulis entri ilmiah hari ini. Kebetulan dapat anak tambahan hari ini. Hari ini saya menjaga anak sahabat saya, Hannah. Pengasuhnya ada hal hari ini. Kebetulan pula saya bercuti terus bersetuju menjaga anaknya.
Ini pertama kali menjaga anak orang lain. Takut juga mulanya, tapi pengalaman 2 orang anak, Afeeq & Marsya,  membuatkan saya tidak kekok. Afeeq boleh menerima Hannah, dia faham cuma Marsya sahaja yang susah sedikit kerana tidak lagi.
Semalam hari ulangtahun perkahwinan saya yang ketiga.
Alhamdulillah, walaupun pelbagai rintangan kami hadapi kami masih lagi bersama. Agak lucu bila seorang pekerja saya memberikan ucapan tahniah sebab tahun ni tiada penambahan. Tiba-tiba hati ini tertambah seorang anak segera.
Saya akui saya suka kanak-kanak. Mereka ni adalah penghibur di kala kita penat & berduka. Saya hairan kenapalah ada yang tergamak mendera & membuang anak mereka. Bila saya melihat keratan akhbar atau berita di laman sosial mengenai penderaan saya akan terus tutup. Yidak sanggup hendak membayangkan betapa seksanya mangsa itu. Apalah dosa anak-anak ini diperlakukan demikian rupa.
Dunia sekarang semakin hilang perikemanusiaan. Penculikan berlaku kemudian anak-anak kecil ini disuruh untuk mengemis atau dilacurkan. Malah yang paling menyedihkan ada yang sanggup mengambil organ mereka untuk dijual.
Setiap hari saya pasti panjatkan doa agar anak-anak saya dijauhkan dari perkara-perkara yang buruk. Semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh & berjaya di dunia & akhirat. Bila ternampak anak-anak kecil yang lain juga pasti hati ini terus mendoakan untuk mereka.

Amin.

Monday 9 June 2014

Tips Meningkatkan Kesuburan

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Anda cuba untuk hamil? Di sini saya ingin berkongsi tips asas meningkatkan kesuburan.

1. Berhati-hati dengan berat badan anda.
Kegemukan bukan sahaja meningkatkan risiko penyakit lain malah boleh mempengaruhi kesuburan. Lemak badan yang berlebihan boleh menghasilkan hormon yang boleh menganggu proses ovulasi. Kitaran haid mungkin akan kurang teratur menyebabkan anda kurang berovulasi. Kekurangan lemak juga boleh menyebabkan anda tidak cukup hormon untuk berovulasi. Oleh itu anda perlu mengekalkan berat badan yang ideal.

2. Pemakanan yang seimbang.
Anda harus memastikan anda makan dengan seimbang. Protein, zat besi (zink) & vitamin C mestilah diambil dengan mencukupi kerana kekurangan nutrien ini mengganggu kitaran haid. Anda boleh meningkatkan secara pemakanan atau mengambil supplemen.

3. Berhenti merokok.
Bahan kimia di dalam rokok boleh menggangu kesuburan dan merosakkan telur. Fungsi ovari anda juga akan terganggu dan menyebabkan susah untuk hamil. Anda juga perlu menggalakkan pasangan anda untuk berhenti merokok kerana asap rokok yang dihidu juga tidak baik untuk kesuburan anda.

4. Hindari tekanan & perlu cari ketenangan.
Tekanan & kemurungan boleh menjejaskan kesuburan anda. Anda perlukan cara untuk mengawal tekanan. Sokongan daripada suami, keluarga & rakan anda boleh membantu.

5. Perlu mengambil berat kitaran haid anda. Catatlah di kalendar. Kitaran normal haid antara 25 hingga 35 hari bergantung kepada individu. Tidak semestinya anda berovulasi di hari ke 14 kitaran haid anda. Ada kajian mendapati proses ovulasi berbeza pada setiap wanita. Anda boleh menggunakan kit ujian ovulasi yang boleh memeriksa beberapa hormon dalam air kencing & buatlah nota perubahan suhu badan & mukus serviks.l anda.

Berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut sekiranya anda mengalami masalah kesuburan.

Selamat mencuba & senyumlah selalu.


Sunday 8 June 2014

Akademi Bekerja Di Rumah

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Alhamdulillah.  Belum sebulan saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah sudah ada hasilnya. Saya mula menjadi Pengurus Online akademi setelah berdaftar dengan Puan Anys Idayu. Kenapa saya tiba-tiba terjebak sebab anak saya yang kedua, Marsya selalu sahaja menangis bila hantar ke taska. Marsya rapat dengan saya kerana dia masih menyusu badan. Saya berniat akan berhenti kerja dalam tempoh 3 atau 4 tahun akan datang untuk menumpukan perhatian pada anak-anak. Saya tidak mahu terlepas melihat perkembangan mereka  Jadi saya tercari-cari alternatif untuk jana pendapatan sampingan untuk cuba melangsaikan hutang saya & menyimpan supaya saya ada tabungan bila berhenti kerja kelak.
Pada mulanya saya kurang yakin & rasa takut. Dalam fikiran ini boleh berjaya ke?Masa mula-mula promosi dulu pun tiru sahaja ayat cikgu. Tetapi lama kelamaan saya menjadi yakin & mula promosi dengan ayat saya sendiri. Rasa seronok juga kerana jaringan yang besar di akademi. Di ruangan Facebook saya telah menambah bilangan sahabat dari akademi. Saya belajar cara promosi mereka. Di saat saya rasa sangat lemah & tiada hala tuju, saya akan lawati blog atau FB sahabat yang lain. Bila melihat semangat mereka, berjangkit kepada saya. Malah ada perkongsian ilmu secara tidak langsung antara jaringan yang ada.
Walaupun tidak berjumpa secara fizikal dengan sahabat akademi tetapi melihat ada status yang mendapat like dari sahabat menambahkan lagi semangat yang ada.
Kenapa saya yakin untuk mempromosikan akademi? Sebab saya ingin kongsikan rasa seronok & kelebihan akademi.
Saya pernah hendak buat dropship dahulu tetapi separuh jalan sebab tiada yang sokong. Semangat membara pada mula sahaja bila tiada yang membeli, akhirnya terkubur begitu sahaja. Dengan menyertai akademi terdapat kumpulan sokongan yang membantu jika tidak faham. Malah cikgu yang sentiasa ada untuk menjawab pertanyaan. Paling berpuashati bila saya memerlukan pertolongan untuk mendapatkan link kepada sahabat lain untuk tujuan promosi, saya akan dapat dengan cepat. Maklum sajalah di waktu saya bekerja tidak boleh melayari internet. Saya kena jaga amanah di tempat kerja. Biasanya bila ada yang bertanya di waktu kerja,  saya akan bagi link dulu untuk baca. Bila waktu rehat atau habis kerja saya akan hubungi mereka semula.
Memang ada yang bertanya tetapi mereka sudah ada menjadi agen atau telah terlibat dengan dropship lain tetapi bila mereka tiada blog & kumpulan sokongan.  Sudah pasti semangat itu tidak konsisten. Jadi persoalannya bolehkah bertahan?
Di akademi, bila saya melihat blog & FB sahabat lain, ada yang sudah lama berkecimpung dalam dropship & ada yang mempunyai perniagaan sendiri.  Tetapi kenapa mereka menyertai akademi?  Ini kerana mereka boleh dibimbing membuat blog yang boleh mempengaruhi pembaca. Malah terdapat perkongsian blog antara ahli akademi. Ini menaikkan jumlah orang singgah di blog masing-masing. Secara tidak langsung mempromosikan apa yang ada di blog. Paling penting adalah penjenamaan diri untuk pergi lebih jauh dalam bidang perniagaan.
Semoga Allah permudahkan segala urusan saya & anda semua.
Berfikir positif & senyumlah selalu.


Saturday 7 June 2014

Bekerja Bersama-sama

Tek : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Alhamdulillah, diberikan lagi kesempatan untuk berkongsi pengalaman saya dengan anda semua.  Ada sahabat tertanya-tanya bagaimana saya mengekalkan pekerja di bawah pengurusan saya. Maklum sajalah tidak ramai yang bertahan dalam bidang jualan atau retail ini. Ini kerana kebanyakan pekerja saya telah lama bekerja bersama saya. Ada yang mencecah 5 tahun iaitu sejak saya mula bekerja dengan mereka lagi. Saya kongsikan 1 tips kali ini iaitu bukan sahaja bekerjasama tapi bekerja bersama-sama.
Sebagai ketua kita ada masanya perlulah bekerja bersama-sama dengan pekerja kita. Elakkan rasa malu hendak bersama mereka. Ini kerana ada di kalangan kita malu untuk melakukan kerja mereka. Pada saya tidak salah kadang kala kita jika kekurangan pekerja, kitalah yang sepatutnya membantu mereka menyiapkan tugasan. Janganlah hanya membebankan mereka tetapi menyelidik kemampuan mereka untuk menerima tugasan yang banyak.
Pengalaman saya pada mulanya di tempat baru agak susah untuk mendapatkan kerjasama daripada pekerja lama. Lalu saya terfikir saya perlu bekerja bersama mereka untuk saling memahami antara satu sama lain. Malah saya yang banyak belajar daripada mereka. Akhirnya mereka melihat kesungguhan saya & mula timbul rasa hormat. Kami juga boleh bekerja dalam satu pasukan tanpa rasa segan lagi.
Selamat mencuba & senyumlah selalu.

Friday 6 June 2014

Cuti

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Dari semalam saya bercuti dari akademi sebentar selepas mendapat berita ibu saudara sebelah suami meninggal. Lalu kami telah balik ke Pontian selepas Maghrib. Saya akan offline sehingga petang ini. Jadi saya minta maaf kerana tidak menjawab PM atau menjawab pertanyaan kerana agak sibuk. Saya juga hanya akan akrif semula promosi pada petang ini bagi menghormati pemergian ibu saudara saya.
Al Fatihah.

Thursday 5 June 2014

Blog Saya

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Alhamdulillah ada kalangan sahabat mula bertanya mengenai blog saya. Mereka sedar kewujudan blog kerana saya war-warkan dalam FB. Disamping itu jua cikgu ABDR Puan Anys Idayu Zakaria & sahabat juga berkongsi entri saya di akaun FB mereka.
Dulu saya tidak hairan langsung hendak buat blog. Cuma dengar blog ini boleh menjana pendapatan melalui 1 rancangan TV3 yang memaparkan surirumah malah ada juga kaum suami yang menggunakan blog sebagai sumber pendapatan mereka.
Selepas saya menyertai akademi ini, barulah saya diajar oleh guru untuk membuat blog sendiri untuk penjenamaan diri saya. Pada mulanya agak terkial-kial juga sebab saya kurang mahir bab IT ni. Saya mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan blog. Akhirnya tidaklah siap sepenuhnya kerana masih ada tugasan blog yang belum lengkap lagi tetapi saya mula menggunakannya sebagai salah satu medium berkongsi pengalaman & pengetahuan dengan orang lain.
Setiap hari saya mengemaskini blog saya dengan apa yang terlintas di minda saya. Ada juga hari yang memang saya buntu tetapi saya cuba juga mengeluarkan entri walaupun yang ringkas supaya setiap hari ada hidangan baru untuk pengunjungnya.
Ada juga yang agak terkejut kerana di blog saya terdapat banyak pautan blog. Ini adalah salah satu kelebihan menyertai akademi di mana sudah ada jaringan yang banyak & saling mempromosi antara satu sama lain.
Jika anda ingin menjadi salah satu jaringan kami. Marilah sertai kami. Pada pengalaman saya yang hampir sebulan menyertai akademi anda tidak akan rugi kerana disamping ilmu yang diberikan oleh gurunya anda juga anda akan mendapat sahabat-sahabat baru yang saling sokong menyoking antara satu sama lain. Saya juga tidak merasakan keseorangan untuk bergerak walaupun semua di atas talian sahaja.
Berfikirlah positif & senyumlah selalu.

Pakej Hidangan Keluarga

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum.
Ini adalah pakej hidangan keluarga sesuai untuk Ramadhan & Syawal yang bakal menjelang.
ak
Pakej 1

1 Nasi Mandi (Arab Saudi) kotak biru- RM15
1 Maqluba Ayam kotak oren- RM15
1 Nasi Kabsah  kotak merah RM15
1 Mandy Kambing kotak hijau RM15
Oat Chocolate 2 paket (RM12 X2) RM24

Jumlah
Kos pos RM15 / RM25 SabahSarawak

Jumlah keseluruhan

RM99 termasuk kos pos




Pakej 2


1 nasi mandy kambing Yaman (kotak hijau) RM15
1 maqluba ayam (kotak oren) RM15
1 mandi ayam saudi (kotak biru) RM15
1 Nasi kabsah ayam (kotak merah) RM15

Jumlah RM60
Kos pos RM11 (skynet) / RM25 SabahSarawak

Jumlah Termasuk Pos RM71

Pakej 3

4 kotak mandy arab (RM15 X 4) = RM60

Chocolate oat choco = RM12 x2 (RM24)

kos pos RM15 (skynet) / RM25 SabahSarawak

Jumlah termasuk pos = RM99


Pakej 4

4 paket nasi maqluba ayam (RM15 X4) = RM60

2 paket oat choco RM12 X2 = RM24

Kos Pos 15 / RM25 SabahSarawak

Jumlah RM99

Pakej 5

1 peket maqluba ayam (kuning) RM15
1 kabsah ayam (merah) RM15
1 mandy kambing (hijau) RM15
1 mandy ayam (biru) RM15

2 oat choco (RM24)

Kos pos RM15 / RM25 SabahSarawak

Jumlah keseluruhan: RM99

Pakej 6

4 mandy kambing RM15 X 4 (RM60)
2 oat choco 12X 2 (RM24)

Kos pos RM15 / RM25 SabahSarawak

Jumlah keseluruhan RM99



Pakej 7

4 mandy ayam RM15 X 4
2 oat choco RM12 X 2

Kos pos RM15 / RM25 SabahSarawak

Jumlah keseluruhan RM99


Pakej 8

4 kabsah ayam RM15 X 4 = RM60
2 oat choco RM12 X 2 = RM24

Kos pos RM15 / RM25 SabahSarawak

Jumlah keseluruhan RM99

Berminat boleh hubungi saya
Nur Farha Muhamad Khalit
Email : nurfarha.muhamadkhalit.gmail.com
SMS / Whatapps : 0122438219

Wednesday 4 June 2014

Status FB Melambangkan Penggunanya.

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Hari ini saya hendak berkongsi tentang mengemaskini status di Facebook boleh mempengaruhi seseorang.
Saya aktif di laman Facebook setelah kegagalan rumahtangga yang pertama. Disebabkan saya terlalu tertekan & kecewa, saya selalu mengemaskinikan status yang negatif. Status saya selalunya berkisar kekecewaan,  putus asa & menagih simpati orang lain. Selepas itu saya ditegur oleh sepupu saya. Dia menasihati saya untuk tidak mengeluarkan status seperti itu lagi. Pada mulanya saya tidak boleh terima, tetapi saya cuba mengikut nasihatnya.
Bermula saat itu, saya mula mengeluarkan status yang positif seperti hari ini lebih bersemangat atau status yang gembira. Ramai yang like berbanding dahulu. Seolah-olah sokongan semangat untuk saya. Alhamdulillah hari demi hari saya berubah lebih ceria & bersemangat.
Akhirnya lembaran kisah baru bermula & hati sata terbuka untuk berkahwin & dikurniakan dua orang anak.
Sekarang lebih banyak memerhati status orang lain di laman Facebook. Ada yang positif & negatif. Berfikirlah panjang untuk mengeluarkan status anda. Ini kerana kadangkala ada majikan yang menggunakan laman sosial untuk membuat saringan pekerja. Jika anda selalu mengemaskinikan status yang kecewa, marah & memberikan komen negatif kepada orang lain, majikan akan berfikir banyak kali untuk mengambil anda. Ini kerana mereka tahu anda bermasalah.
Laman Facebook bukanlah tempat untuk meluahkan kekecewaan dalan perhubungan kerana jika anda berbuat demikian anda menunjukkan diri anda lemah. Belajar mengawal emosi semasa mengemaskini status anda.
Elakkan laman sosial menjadi medan pertengkaran & pergaduhan.  Ini menunjukkan mentaliti seseorang. Berfikir secara rasional  & jangan melulu memberikan komen hingga menimbulkan pergaduhan. Gunakan laman sosial sebagai pengikat silaturahim & medan untuk bertukaran idea secara sihat.
Berfikirlah positif & senyumlah selalu.

Pakej Serunding

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum,

Saya nak kongsikan pakej serunding yang ditawarkan

Serunding


Serunding ayam biasa 1 kg RM60
kos pos RM13 /RM25 SabahSarawak


Jumlah RM73 termasuk kos pos



Serunding daging 1 kg RM60 (import)
kos pos RM13 / RM25 SabahSarawak

Jumlah RM73 termasuk kos pos

Serunding ikan 1 kg RM60
kos pos RM13/RM25 SabahSarawak

Jumlah RM73 termasuk kos pos

Boleh  hubungi saya di 
Email : nurfarha.muhamadkhalit.gmail.com
FB : NUR FARHA MUHAMAD KHALIT
Sms Atau Whatapps : 0122438219

Tuesday 3 June 2014

Tips Mengawal Tekanan

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Bagaimana hari anda? Semoga ceria & bersemangat untuk memulakan tugasan sepanjang hari. Hari ini saya ingin berkongsi masalah menangani tekanan atau stress. Kenapa kita perlu mengawal tekanan? Tekanan ini boleh membawa kesan negatif kepada diri kita dari segi emosi & fizikal. Tekanan akan membawa seseorang itu menjadi marah, depressi, hilang kawalan perasaan & boleh melakukan perkara  mengakibatkan kecederaan atau merosakkan hubungan antara keluarga atau rakan. Tekanan juga boleh membawa kepada kecelaruan pemakanan. Seseorang boleh menjadi terlalu banyak makan atau kurang selera makan disebabkan tekanan. Selain itu boleh meningkatkan risiko seperti penyakit darah tinggi & sakit jantung.
Berikut antara cara untuk mengawal tekanan.
1. Tenangkan perasaan anda jika berlaku sesuatu yang menyebabkan anda marah & tertekan. Tarik nafas dalam-dalam & hembuskan perlahan-lahan.
2. Rehat yang cukup pun boleh membantu kerana kadangkala tekanan disebabkan emosi & fizikal kita terlalu penat. Tidur sebentar boleh mengembalikan tenaga badan kita.
3. Memberikan keutamaan kepada perkara yang penting  dahulu. Tekanan boleh disebabkan kerja yang terlalu banyak. Oleh itu kita perlu menilai & mendahulukan perkara yang penting dahulu.
4. Pergi bercuti atau melancong. Habiskan masa dengan keluarga juga boleh membantu.
5. Minta pertolongan atau mengadu pada orang yang boleh dipercayai.  Luahkan masalah & menangislah. Kadangkala bila kita meluahkan perasaan, tekanan akan berkurangan. Mintalah nasihat dari yang lebih berpengalaman.
6. Pengambilan makanan tambahan seperti antioksida & vitamin B juga boleh membantu.

Kehidupan harian kita tidak akan lari dari masalah. Kita akan menghadapi tekanan cuma yang penting cara untuk mengendalikan tekanan itu. Bagi yang beragama Islam, kebergantungan kita kepada Allah itu penting. Luahkan & mengadu padaNya. Mintalah petunjuk & pertolongan daripadaNya.
Selamat mencuba & senyumlah selalu.

Monday 2 June 2014

Cradle Crap

Teks: Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Minggu lepas ada seorang ibu berjumpa dengan saya meminta nasihat kepala anaknya berkeruping kulit bertompok di atas kulit kepalanya. Lalu saya bertanya usia anaknya. Dia menjawab 2 bulan. Lalu saya pun melihat & menjawab ini cradle crap.
Cradle crap atau istilah sains adalah seborrheic dermatitis. Ia adalah ruam kuning terjadi pada kulit bayi yang biada yang baru lahir kelihatan seperti keruping atau tompokan atau kelemumur.
Saya menyarankan untuk menggunakan minyak untuk diletakkan di atas kepala untuk melembutkan & kemudiaan menyapu dengan kain atau berus sikat bayi dengan lembut untuk menghilangkannya. Perlahan-lahan digosok sekiranya kemerahan berhenti sekejap. Selepas itu perlulah dibersihkan dengan syampu rambut. Inilah cara yang saya gunakan untuk anak saya yang kedua semasa berusia sebulan.  Semasa itu juga saya risau. Namun saya menemukan cara ini dan alhamdulillah bersih setelah beberapa hari mengamalkannya.
Rawatan lain juga seperti syampu khas untuk rawatan cradle cap ini juga ada dijual di farmasi atau kedai kesihatan.
Selamat mencuba & senyumlah selalu.

Sunday 1 June 2014

Popia & Bangkit Cheese

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit

Assalamualaikum
Bagaimana hari anda? Semoga ceria & sentiasa mengukirkan senyuman. Hari-hari saya sekarang agak sibuk dengan tugas harian sebagai seorang isteri, ibu & pengurus di tempat kerja & terbaru pengurus online serta peniaga kecil-kecilan. Walaupun terpaksa membahagi masa tetapi saya rasa seronok & semangat. Tambahan sokongan suami yang sama-sama membantu.
Sekarang jualan & tempahan untuk pelbagai jenis popia, kuih & serunding pun meningkat.  Suami saya pun turut jadi agen promosikan barangan kami. Malah saya sudah buat sasaran jualan. Inilah pertama kali kami berniaga secara serius. Pada permulaan memang suami saya tidak yakin, namun saya tidak putus asa memintanya untuk memberikan sampel & sambil berborak dengan rakan selitkan untuk promosi. Bila tempahan mula ada, dia pula terlebih semangat & mula mengeluarkan idea untuk meningkatkan jualan kami.
Paling hangat sekarang popia nestum & kuih bangkit cheese.  Tempahan semakin hari semakin meningkat. Kebanyakan untuk raya. Pada mulanya ada yang tertanya-tanya kenapa awal sangat saya membuka tempahan sebab puasa pun belum lagi. Sebenarnya saya ingin cepat masuk pasaran sebelum orang lain & akan menutup tempahan awal untuk memberi masa kepada pengeluar saya untuk menyiapkan barang mereka. Saya risau mereka tidak dapat memenuhi tempahan terlalu lambat. Saya akan menutup tempahan pada minggu pertama Ramadhan untuk memberikan ruang waktu untuk beribadah di bulan puasa nanti.
Kalau ada yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah hubungi saya terus.
Berfikir positif & senyumlah selalu.